DATUK SERI NAJIB RAZAK - BAPA PEMBANGUNAN KAUM INDIA


Dibawah pimpinan Perdana Menteri, kerajaan BN menjaga kepentingan semua kaum di Malaysia dan memastikan tiada sesiapa diabaikan. Di bawah pentadbirannya, banyak yang dilakukan untuk komuniti itu berbanding pemimpin terdahulu.

Malah, tanpa kemahuan politik, kaum India akan diabaikan dan dipinggirkan tetapi beliau telah memastikan ini tidak berlaku dengan berbagai inisiatif. Ketika beliau menjawat Timbalan Perdana Menteri jawatankuasa kabinet tentang hal ehwal India sudah ditubuhkan dan tanpa usaha itu masyarakat India mungkin terpinggir serta diketepikan.

Antara inisiatif kerajaan, satu jawatankuasa Kabinet untuk hal-ehwal India telah ditubuhkan dan RM800 juta diluluskan untuk sekolah Tamil.

Kerajaan juga telah meluluskan pinjaman RM1.3 bilion untuk 32,000 usahawan kecil dan sederhana berbangsa India.

Ini adalah satu contoh bagaimana kerajaan membantu semua kaum dan memastikan kesejahteraan negara untuk masa hadapan.

Comments