DAP SIMPAN HASRAT UNTUK MENENTANG PAS DI KELANTAN PADA PRU-14



DAP dijangka mencipta sejarah baharu politik negeri Kelantan apabila akan bertanding pada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah mengesahkan DAP memohon untuk bertanding di beberapa kerusi kerusi DUN di negeri itu buat pertama kalinya.

Sememangnya ada permintaan daripada DAP untuk bertanding di DUN Kelantan manakala di peringkatParlimen mereka tidak meminta sebarang kerusi. Adalah difahamkan DAP mungkin akan bertanding di dua kerusi DUN iaitu Kota Lama, Kota Bharu dan Galas, Gua Musang.

Hasrat DAP untuk turut bertanding di Kelantan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 ternyata lebih bertujuan untuk menentang PAS. Keghairahan DAP itu sekali gus menafikan pendirian mereka sendiri yang selama ini disasarkan untuk berdepan dengan parti pemerintah Barisan Nasional. Kali ini mereka juga mahu menentang parti PAS musuh politik nombor satu DAP.

PAS bagaimanapun dikatakan tidak gentar dengan apa jua bentuk cabaran yang akan dihadapi, dan telah meletakkan semua jentera dalam keadaan bersiap-sedia berdepan saingan dengan Pakatan Harapan sama ada dalam tiga penjuru atau lebih di setiap kerusi.

Pendek kata, tindakan berani DAP untuk mengambil bahagian dalam Pilihan Raya Umum ke -14 di Kelantan nanti membuktikan bahawa matlamat utama DAP adalah untuk menumbangkan PAS di Kelantan.

DAP memberanikan diri untuk bertanding di beberapa DUN di Kelantan bagi membantu Amanah, PKR dan PPBM untuk memecahkan dominasi PAS di Kelantan sekaligus merampas Kelantan dari parti tersebut. Sudah pasti DAP juga sudah bersedia untuk menghancurkan PAS di kerusi-kerusi yang
ditandinginya nanti.

Comments