DAP MINTA APA SAHAJA MELAYU DALAM PAKATAN HARAPAN AKAN BERI


Apabila mesyuarat pembahagian kerusi Pakatan Harapan diminta untuk memperuntukkan beberapa kerusi untuk DAP di Kelantan, semua pemimpin Melayu yang ada di dalam mesyuarat tersebut diam membisu.

Sebab apa mereka membisu?

Sebab mereka yang mewakili parti masing-masing mahu melihat Kelantan yang secara tradisinya dikuasai oleh parti dan pemerintahan Melayu Islam dicerobohi dengan parti yang ideologi mereka tiada perjuangan Islamik di dalamnya.

Kononnya kemasukan DAP bertanding di kerusi DUN Kelantan akan mencipta rekod dan sejarah politik Malaysia yang boleh dibanggakan oleh Pakatan Harapan dan barisan sekutunya.

PH pada akhirnya nanti akan menyatakan bahawa pakatan pembangkang yang dibentuk mereka mempunyai kesepakatan dan boleh merentasi adat dan budaya sesebuah masyarakat.

Tapi sedar ataupun tidak, Melayu yang beragama Islam di dalam PH sebenarnya telah menjual bangsa dan agamanya untuk dijajah. Mereka merelakan sebuah perpaduan Melayu dan Islam diporak perandakan pentadbirannya oleh DAP sebagaimana yang berlaku di beberapa negeri yang telah ditadbir PKR dan DAP.

Mereka sebenarnya tidak pernah belajar dari pengalaman dan mereka yang ada di barisan kepimpinan PH hanya kemaruk jawatan dan harta sahaja.

Adalah lebih baik Kelantan dipertandingkan diantara PAS dan UMNO dan tidak melibatkan parti yang diasaskan oleh parti PAP yang telah menakluk Singapura pada masa ini.

Kelantan yang majoritinya Melayu Islam perlu dijaga oleh parti yang mempunyai perjuangan Islam seperti UMNO. Walaupun PAS sudah lama mentadbir namun kemajuan yang dikecapi negeri Kelantan dan rakyatnya agak perlahan.

Hasrat DAP untuk bertanding di Kelantan juga bukan mahu memusuhi atau mahu bersaing bersama UMNO, namun ianya lebih daripada untuk misi membalas dendam dan misi untuk menjatuhkan maruah PAS di Kelantan.

Sebab itu, DAP berlumba-lumba mahu menakluki Kelantan selepas ini agar segala kekayaan hasil bumi dan peluang yang ada dapat dirampas dan eksploitasi sebaik mungkin demi kepentingan peribadi mereka.

Comments