BNM JUAL LOT SAHAM TNB SENYAP-SENYAP



Siasatan Suruhanjaya DiRaja (RCI) telah membongkarkan Bank Negara Malaysia (BNM) telah disyorkan menjual 80 juta lot saham Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi menampung kerugian sebanyak RM2.68 bilion yang ditanggung oleh bank pusat itu ekoran aktiviti urus niaga pertukaran mata wang asing pada awal tahun 1990-an.

Perkara ini telah didedahkan sendiri oleh Bekas Timbalan Setiausaha Bahagian Kewangan, Kementerian Kewangan, Datuk Othman Jusoh.

Beliau berkata, penjualan saham itu dicadang dijalankan secara ‘senyap-senyap’ menerusi sebuah syarikat sekuriti. Walau bagaimanapun araha tersebut datangnya dari "PIHAK ATASAN" yang dia sendiri tidak dimaklumkan siapa mereka itu.

Menurut beliau, perkara itu ditimbulkan dalam satu mesyuarat yang diadakan di antara BNM, Perbendaharaan dan Jabatan Audit Negara bagi membincangkan kerugian yang ditanggung oleh bank pusat itu.

Bila sudah kalah main judi dalam Forex dan menanggung kerugian, TNB pula yang menjadi mangsa untuk menampung jumlah kerugian tersebut.

Manakala penjualan saham milik kerajaan dilakukan secara ‘senyap-senyap’ melalui Rashid Hussein Sdn Bhd yang juga kroni kepada Mahathir.

Bekas Penasihat BNM Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menegaskan bahawa Dr Mahathir perlu dipertanggungjawabkan kerana menjadikan Bank Negara sebagai sebuah kasino dengan memperjudikan wang negara bermain spekulasi mata wang asing.

Menurut keterangan bekas Gabenor BNM Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, dagangan forex BNM bermula tahun 1988 sehingga 1994 melalui dua Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun apabila penama-penama ini diajukan soalan oleh panel RCI, mereka semua dengan jawapan standard iaitu "TAK TAHU".

Mereka tidak sepatutnya lepas tangan atau cuci tangan begitu sahaja kerana mereka inilah yang telah memusnahkan BNM dan wang rakyat selama 10 tahun sehingga BNM diisytihar Bangkrap.

Comments