BERANIKAH AZMIN ALI MENYAHUT SERUAN DR MAHATHIR & PAKATAN HARAPAN UNTUK MENYINGKIRKAN PAS DARI SELANGOR
DR MAHATHIR bersama-sama dengan pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang lain memberi pendirian tegas mereka terhadap hubungan kerjasama bersama PAS. Apa yang pasti hubungan politik dengan PAS sudah diputuskan dan tiada lagi kerjasama dengan parti tersebut seperti mana persetujuan Perjanjian Majlis Presiden Pakatan.
Kelompok Azmin atau Kartel dilihat sebagai parasit yang boleh membawa barah kepada PH jika masalah ini tidak diambil serius dan pihak PH tidak berhati-hati. Sekiranya benar Azmin mahu meletakan komitmen terbarunya untuk memacu kekuatan PH dan membentuk jentera PRU yang kukuh. Dia perlu akur dengan PH untuk menolak PAS.
Azmin harus segera mengambil tindakan berikut iaitu membentuk Sekretariat PH di Selangor dan menolak dominasi parti di dalam mana-mana posisi serta mengimbangikan kesamarataan parti komponen PH di dalam sekretariat yang dibentuknya itu.
Selain itu, Azmin Ali perlu menghormati perjanjian Majlis Presiden Pakatan dengan mengambil tindakan untuk mengusir PAS daripada kerajaan Selangor dengan kadar segera serta memaklumkan kepada Kartelnya untuk menolak lantikan poltik dalam kerajaan Kelantan.
Jika benar Azmin Ali ikhlas untuk berkhidmat dengan PH. Dia perlu menunjukkan keberaniannya untuk menggugurkan PAS di Selangor. Tanpa sebarang tindakan daripada Azmin Ali, kenyataannya hanyalah auta dan sandiwara sahaja yang tidak bersandarkan kepada kesungguhan dan realiti.
Maka kita tunggu dan lihat apa tindakan seterus dari Azmin Ali. Jika dia gagal menunaikan tindakan untuk menggugurkan PAS ini menunjukkan dia tidak setia pada PH. Maka adalah berhak untuk semua pihak menperlecehkannya dan menolaknya dalam PRU nanti.

Comments
Post a Comment