AZMIN DAN KERAJAAN PKR SELANGOR MEMANG RAJA RASUAH?



Menteri Besar Selangor, Azmin Ali tidak perlu berlagak sombong, berlagak baik dan suci kononnya pentadbiran beliau bersih daripada rasuah sehinggakan enggan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) kerana terbukti terlibat dengan beberapa kes penyelewengan dan salah guna kuasa yang sudah pun dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sebelum ini serbuan SPRM dalam skandal yang melibatkan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), Jana Niaga Sdn. Bhd. (JNSB) dan Universiti Selangor (Unisel) serta beberapa laporan lain antaranya isu penjualan tanah di Ijok dan ini membuktikan bahawa pentadbiran Azmin Ali sebenar-benarnya memerlukan dokongan integriti daripada pihak SPRM.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kesal dengan keenganan Kerajaan PKR Selangor menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR). Kerajaan yang diterajui oleh Azmin Ali dan diketuai oleh DAP itu sepatutnya menunjukkan teladan dan contoh yang baik kepada rakyat Selangor bahawa mereka memandang serius isu rasuah serta menyalahgunakan kuasa.

Azmin Ali dan Kerajaan PKR Selangor jangan hanya tahu bercakap besar dan berdegar-degar mengenai rasuah dan menyalahgunakan kuasa. Apabila SPRM telah mengambil tindakan tetapi mereka sendiri tidak mahu menyatakan ikrar bahawa mereka sendiri komitmen serta berani untuk menyatakan mereka tolak dan benci kepada rasuah, itu yang menjadi persoalannya.

Kalau kita fikir-fikirkan dan cuba bayangkan tidakkah kita tidak merasa pelik sekiranya negeri-negeri lain boleh menandatangi Ikrar Bebas Rasuah, tetapi kenapa Kerajaan PKR Selangor enggan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR)? Kita boleh menilai dan melihat sendiri sikap Kerajaan PKR Selangor yang cuba menyembunyikan sesuatu sehinggakan mereka enggan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah.

Jika Azmin Ali dan Kerajaan PKR Selangor telus dalam soal integriti mengapa baru-baru ini ada beberapa kes yang telah dilaporkan kepada SPRM antaranya skandal MBI sehinggalah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri terkejut dengan isu pembelian tanah di Ijok dan banyak lagi.

Pihak SPRM sangat kecewa dengan sikap Azmin Ali yang bukan sahaja enggan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah malah seperti melarikan diri daripada kempen anti rasuah dan salah guna kuasa apabila tidak memenuhi jemputan yang diberikan meskipun program itu dilangsungkan di Selangor.

Azmin sepatutnya berasa malu dengan kenyataan beliau sendiri yang kononnya mendakwa pendekatan kerajaan negeri dalam memerangi rasuah adalah lebih baik daripada apa yang dilakukan oleh SPRM kerana sebelum ini Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sendiri pernah membangkitkan soal salah guna kuasa dalam pentadbiran Kerajaan PKR Selangor.

Kita tahu jika Azmin tidak mahu tandatangan kononnya Azmin mahu menunjuk kepada kita semua bahawa Kerajaan PKR Selangor bersih dan tidak memerlukan Ikrar Bebas Rasuah tetapi apa yang dipersoalkan adalah kepimpinan Azmin Ali dalam kalangan PKR dan bukan setakat Rafizi sahaja malahan Badrul Hisham Shaharin (Chegubard) sendiri pun ada buat laporan kepada SPRM.

Kesimpulannya inilah sikap hipokrit Kerajaan PKR Selangor yang hanya tahu cakap sahaja dan tuduh macam-macam kepada Kerajaan Barisan Nasional sedangkan negeri-negeri di bawah Kerajaan Barisan Nasional sudah pun menandatangani Ikrar Bebas Rasuah. Kerajaan PKR Selangor pandai cakap sahaja tetapi apabila terkena batang hidungnya sendiri, beliau tidak berbuat apa seperti yang dicakapkan.

Comments