AZMIN ALI TIDAK HADIR PROGRAM SPRM DI SELANGOR KERANA MALU TIDAK IKRAR BEBAS RASUAH (IBR)



Dilaporkan Azmin Ali tidak menghadiri program Kembara Jelajah Antirasuah (KEJAR) 2017 peringkat negeri Selangor yang dianjurkan oleh SPRM pada 18 September 2017 yang lalu.
Menteri Besar Selangor itu dijadualkan hadir dalam program tersebut pada awalnya, namun tidak muncul apabila program itu berlangsung.

Adakah Azmin Ali cuba menjarakkan dirinya dari SPRM dimana Negeri Selangor satu-satunya negeri yang masih belum melakukan IBR walaupun ditangguhkan beberapa kali sebelum ini. Azmin Ali tidak perlu takut ataupun malu kerana SPRM memberikan peluang dan masa untuk Kerajaan Selangor mengangkat ikrar pada bila-bila masa sahaja.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad, percaya tindakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menangguhkan inisiatif Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di negeri itu disebabkan tiada masa kerana terlalu sibuk.

Sekiranya Azmin Ali terus dengan sikap berdiam diri dengan tidak memberikan respon untuk menjayakan IBR di Selangor, ini akan menjejaskan reputasi Selangor yang kononnya didakwa Azmin Ali sebagai sebuah negeri yang bebas rasuah dan kerajaan negeri yang dipimpinnya telus dalam melaksanakan tugas.

Azmin haruslah membuktikan kepemimpinan negeri yang ditadbirnya bersih daripada rasuah dengan mengangkat ikrar IBR. Tarikh baru yang sesuai perlu dikemukakan oleh Kerajaan Selangor bagi membolehkan SPRM melaksanakan IBR tersebut.

Untuk rekod, SPRM telah melaksakanakan IBR di sembilan komuniti daerah di Negeri Selangor.

Comments