AZMIN ALI TIADA PILIHAN BAWA PESTA ARAK KE SELANGOR DEMI UNDI KAUM CINA



Disaat umat Islam seluruh Malaysia secara keras membantah penganjuran pesta arak, Better Beer Festival 2017 (BBF17) yang bakal diadakan di ibu negara pada awal Oktober depan, Kerajaan Selangor melalui Menteri Besarnya menawarkan acara berkenaan diadakan di negeri itu pula.

Azmin Ali memberi kebenaran tersebut apabila DBKL dan pihak berkuasa yang memantau penganjuran tersebut tidak memberikan lesen penganjuran.

Apabila Azmin Ali pulang sahaja dari menggadaikan Selangor pada China, dia dengan sukarelanya memberi kenyataan bahawa penganjur boleh memindahkan lokasi penganjuran pesta itu ke Selangor.

Walaupun kebenaran yang diberikan dikenakan syarat yang tertentu dengan syarat mematuhi semua peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT), ianya tidak lebih daripada memancing undi pihak yang menggemari arak dan pesta liar di Malaysia.

Azmin Ali seolah-olah tidak sensitif dengan majoriti penduduk Selangor yang kebanyakannya beragama Islam. Azmin Ali lebih rela menjaga perasaan kaum lain dari menjaga kebajikan dan keselamatan bangsanya sendiri di Selangor.

Kalau nak dikatakan mahu kutip undi Cina untuk memenangkan undi PAKATAN HARAPAN pada PRU-14 nanti, boleh dikatakan majoriti yang bakal hadir nanti adalah pengundi luar dan ada juga pelancong yang diundang untuk memberi impak yang lebih apabila mereka hilang kewarasan diri apabila sudah mabuk.

Penganjuran pesta dan festival tersebut boleh dianggap sebagai menggadai maruah dan kesucian agama Islam di Selangor dan juga di Malaysia.

Sekiranya Azmin Ali mahukan kekayaan dengan menjana pendapatan dari lesen dan hub penganjuran serta kehadiran pelancong ke Selangor ianya tidak boleh diterima langsung.

Ini kerana Selangor sememangnya sebuah negeri yang sudah kaya dan tidak perlu menjana pendapatan hasil dari penganjuran pesta yang melampaui batas agama Islam bagi menjana pendapatan negeri.

Untuk pengetahuan semua, statistik yang dikeluarkan IDEAS pada 2015 yang merujuk pendapatan per kapita setiap negeri yang ada di dalam Malaysia, Selangor berada pada tempat keempat tertinggi iaitu pada RM42,611 setahun dengan saiz penduduk paling tinggi iaitu 6.3 juta.

Berpandukan statistik di atas, Azmin Ali sebenarnya tidak perlu melakukan penganjuran pesta berunsurkan maksiat dan kemungkinan berlaku masalah keselamatan yang serius.

Azmin Ali juga perlu menghormati adat resam dan budaya kaum-kaum yang membentuk rakyat Malaysia. Manakala syarat dan undang-undang yang ada di Selangor, bolehkah mereka mengawal pengunjung yang hilang separuh akalnya akibat mabuk yang terlampau?.

Sebenarnya Azmin Ali Mahu Jadi Hero... harapkan undi cina untuk kekal berkuasa... perlu desak campurtangan sultan sebagai ketua agama setiap negeri.

Comments