AZMIN ALI PERNAH KRITIK PM NAJIB BILA CHINA BERSETUJU MELABUR DALAM PROJEK ECRL, TAPI KINI AZMIN PULA SEPATUTNYA DIKRITIK KERANA BUAT PERKARA YANG SAMA



Azmin Ali dikatakan berbangga kerana dalam tempoh 2 bulan dia berjaya membawa pelabur besar seperti IKEA pada 26 Ogos 2017 dan yang terbaru dia memeterai perjanjian dengan syarikat China untuk melabur di Selangor dengan nilai RM3.2 bilion.

Namun kejayaan tersebut adalah kedukaan kepada rakyat Selangor sebenarnya. Ramai netizen yang masuk ke laman Facebook dan Twitter milik Menteri Besar Selangor itu semata-mata mahu memberikan komen dan sindiran dengan tindakan Azmin Ali yang dikatakan mahu menjual Selangor kepada pelabur asing.

Mereka mengkritik sejauhmana pelabur China dapat membantu memajukan Selangor?

Apa yang mereka nampak Azmin Ali hanya memerlukan talian hayat setelah beberapa usahanya memantapkan ekonomi Selangor nampaknya gagal. Malah wang yang banyak mengalir tiada pulangan kepada tabung ekonomi rakyat Selangor. Jawatan MB Selangor mungkin tergugat kerana isu dan skandal yang timbul.

Azmin Ali dikatakan meniru jejak langkah pro aktif PM Najib yang bekerjasama dengan pelabur China bagi mendapatkan impak pembangunan dan ekonomi. Tapi pemergian Azmin Ali dengan membawa imej Selangor yang hanya sebuah negeri melibatkan pelaburan RM3.2 bilion mencurigakan semua pihak.

Agak-agak apa yang bakal digadaikan??

Ketika Najib Razak membawa lebih RM300 bilion pelaburan asing ke negara ini, mereka melontarkan pelbagai tohmahan ke atas Perdana Menteri Malaysia itu seperti menggadai maruah negara dan menjual kedaulatan tanah air.

Azmin Ali turut tidak terkecuali mengkritik beliau.

Apa sahaja yang tidak dihamburkan terhadap Najib. Masih ingat kata-kata Azmin, "Najib Razak adalah Perdana Menteri paling bodoh!" ketika berucap dalam satu majlis baru-baru ini selepas China bersetuju melabur dalam projek ECRL? Malangnya, inilah standard Menteri Besar kesayangan rakyat Selangor ketika ini.

Justeru, jika kita memakai logik yang sama, maka boleh juga disimpulkan bahawa Azmin Ali ialah Menteri Besar paling bodoh dalam sejarah Selangor kerana mahu menjual negeri ini kepada orang China selepas berjaya menggadaikan maruah negeri berdaulat itu kepada IKEA pada nilai hanya RM1 bilion sahaja bulan lalu.

Mungkin Azmin Ali perlu lebih dikritik kerana ketidakmampuannya mengawal pengaruh, desakan dan hasutan pemimpin parti komponen Pakatan Harapan yang lain dalam pentadbirannya di Selangor. Kecelaruan ini akan menyebabkan kerajaan Selangor musnah dan tergadai.

Comments