APA PENDIRIAN PARTI KOMPONEN PAKATAN HARAPAN YANG LAIN BERHUBUNG ISU PESTA ARAK? DAP PULA MENYOKONG PENGANJURAN PESTA INI SEPENUHNYA
Parti komponen dalam pakatan pembangkang perlu menyatakan
pendirian dan sikap mereka berhubung penganjuran pesta arak yang dijadual
diadakan di ibu negara bulan depan.
Suara lantang yang dizahirkan DAP dalam mempertahankan
penganjuran ini berkaitan yang dilihat bukan sahaja satu kebiadaban, bahkan
modal kepada provokasi tipikal parti tersebut di mana acapkali membayangi
aktiviti seperti itu.
Naib Pengerusi DAP Selangor Datuk Teng Chang Khim dipetik
sebagai berkata Malaysia sebuah negara demokrasi dan semua pihak berhak
melakukan apa saja aktiviti selagi tidak menyalahi undang-undang.
Teng Chang Khim turut dilaporkan berkata PAS perlu faham bahawa Malaysia sebuah
negara majmuk dan bukan hanya orang PAS sahaja yang tinggal di negara ini.
Tetapi bila kita berhujah atas dasar masyarakat majmuk,
maknanya setiap rakyat Malaysia ini mesti menghormati agama-agama lain. Islam
tak melarang bukan Islam untuk minum arak tapi bila mereka nak buat pesta arak,
mereka tak sensitif dengan apa yang dilarang dalam Islam.
Apa pendirian parti komponen PH yang lain dalam hal ini? Sikap pemimpin Parti
Amanah Negara (Amanah) pula terus
mendiamkan diri dalam hal ini walaupun mereka sebelum ini melaungkan-laungkan
parti itu turut memperjuangkan Islam.
Pemimpin-pemimpin lantang dalam Amanah semuanya diam, bukan sahaja membabitkan
isu pesta arak malah dalam semua perkara apabila ia bersangkutan dengan DAP.
Amanah tidak boleh berbuat apa-apa kerana takut DAP marah.
Jika mereka berdiam diri bererti bersetuju dan bersekongkol,
sekali gus mengesahkan DAP adalah ‘ketua’ sebenar PH yang tidak berani
disanggah sama sekali.
Penganjuran pesta arak ini juga dilihat secara sengaja cuba
mencabar sensitiviti agama di negara ini apabila acara tahunan sejak 2012 itu
diuar-uarkan sebagai “The Biggest Celebration of the Craft Beer Revolution in
Malaysia”.
Walaupun meminum arak
menjadi hak golongan bukan Islam yang menjadi sebahagian rakyat negara ini,
namun menjadikan satu penganjuran pesta ke tahap festival tidak seharusnya
berlaku di negara ini.
Kebanyakan negara dan masyarakat pada masa ini semakin sedar
pelbagai akibat buruk yang tercetus akibat meminum arak atau aktiviti
berkaitannya.
Ia menyumbang kepada banyak tragedi mutakhir ini hingga
mewujudkan pelbagai kempen kesedaran untuk mengehadkan dan menghindarinya
daripada menjadi rutin dalam ketamadunan. Dalam hal ini mengapa kita pula harus
berundur ke belakang menjauhi nilai semakin positif ini?.
DAP jelas tidak menghormati sensitiviti umat Islam di negara
ini apabila terus menyokong pesta arak yang dijadual diadakan di ibu negara
bulan depan, penganjuran pesta membabitkan pengambilan alkohol adalah tidak
wajar kerana majoriti penduduk di negara ini beragama Islam.

Comments
Post a Comment