ADAKAH LAWATAN TUN MAHATHIR KE SARAWAK IKHLAS ATAU SATU PAKSAAN BUAT DIRINYA UNTUK MENAGIH SIMPATI RAKYAT SARAWAK



Jika dibandingkan perdana menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak dengan Tun Dr Mahathir Mohamad,jelas sekali Tun Mahathir lebih bersifat tidak begitu peduli terhadap nasib negeri Sarawak.

Apa sumbangan Tun Mahathir untuk rakyat Sarawak selama 22 tahun. Sarawak diabaikan dandipinggirkan di sepanjang karier pentadbiran Tun Mahathir. Malahan lawatannya ke negeri Sarawak juga boleh dibilang dengan jari.

Berbeza dengan Najib Razak yang telah melawat 47 kali negeri itu sejak beliau menjawat jawatan perdana menteri pada tahun 2009. Sedangkan mantan perdana menteri Tun Mahathir yang telah mentadbir selama 22 tahun sehingga 2003, tidak begitu kerap melawat Sarawak sehingga boleh dibilang dengan mudah.

Persoalannya di sini, selama 22 tahun Tun Mahathir menjadi perdana menteri, berapa kali beliau telah melawat Sarawak dan apa sumbangan yang paling berharga telah beliau lakukan untuk orang-orang Sarawak. Sudah pasti, rakyat Sarawak akan berfikir sejenak dan mengiyakan kenyataan ini bahawa Tun Mahathir mengabaikan Sarawak dan tidak membawa pembangunan yang berterusan untuk negeri ini.

Konklusinya, kurangnya lawatan itu menunjukkan beliau tidak ambil berat terhadap Sarawak. Negeri Sarawak dianak-tirikan oleh Tun Mahathir. Jumlah lawatan Najib ke Sarawak mengatasi lawatan-lawatan semua perdana menteri sebelumnya.

Di samping itu juga, Najib membawa perubahan besar buat Sarawak dengan memberi kuasa autonomi kepada Kerajaan Negeri dan beliau lah yang banyak mengambil inisiatif untuk membangunkan negeri Sarawak sejajar dengan negeri-negeri lain di Malaysia.

Comments