WILLIAM LEONG LEPAS JAWATAN BIRO POLITIK PKR SEBAGAI TANDA PROTES TINDAKAN PKR CUBA DEKATI PAS



Anggota Parlimen PKR Selayang William Leong melepaskan jawatannya dalam biro politik PKR berikutan keputusan parti itu meneruskan perbincangan dengan PAS. Biro politik PKR terdiri daripada anggota yang dilantik dan dipengerusikan oleh presiden.

Di samping itu, William Leong menyatakan yang dia tidak boleh pertahankan kerjasama dengan PAS. Apabila dia tidak dapat mengikut arahan ini maka dia mengambil keputusan untuk mengundur dari biro ini.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail turut mengesahkan menerima surat peletakan jawatanWilliam Leong.

Biro politik PKR sebelum ini membincangkan mengenai hubungannya dengan PAS sejak Pakatan Rakyat dibubarkan.

Minggu lepas, biro itu memutuskan untuk memberikan peluang kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Datuk Seri Azmin Ali bercakap dengan PAS.

Bagaimanapun, Leong berkata keputusan untuk meneruskan perbincangan dengan PAS tidak dibuat sebulat suara dan terdapat di kalangan mereka yang tidak bersetuju dengan perkara itu.

Berdasarkan kepada situasi semasa ini, jelas sekali tindakan Wan Azizah dan Azmin Ali membelakangi biro politik PKR menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan ahli jawatankuasanya.

Nampak sangat, Presiden Parti PKR dan Timbalanya menyalahguna kuasanya dan menggunakan kuasa vetonya untuk mengambil keputusan mereka sendiri tanpa merujuk kepada biro politik yang dibentuk.

Comments