UMNO mempunyai kekuatan yang tersendiri di mana parti UMNO mempunyai hala tuju, kekuatan tersendiri dan mampu menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 akan datang tanpa bergantung kepada perpecahan dan huru hara yang berlaku dalam pakatan pembangkang.
Banyak perkara yang telah UMNO lakukan dan sebagai sebuah parti yang wujud sejak tahun 1946, UMNO masih bertahan setelah sekian lama. UMNO sudah berusia 71 tahun dan 60 tahun berkuasa sejak merdeka dan masih tidak putus-putus. Kekuatan UMNO semuanya adalah kerana ahli di peringkat akar umbi dan jentera parti yang terus komited.
Selama ini UMNO tidak pernah mempedulikan segala perpecahan, huru hara yang berlaku dalam pakatan pembangkang kerana UMNO lebih fokus dan menumpukan kepada kekuatan parti sendiri.
Tidak kira sama ada pakatan pembangkang berpecah ataupun tidak, itu bukanlah penyebab utama UMNO dan Barisan Nasional menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14. Apa yang penting UMNO mesti menang dengan kekuatan sendiri pada Pilihan Raya Umum Ke-14 akan datang dan bukannya bergantung kepada perpecahan pembangkang.
Walaupun perpecahan Pakatan Pembangkang bukanlah penyumbang utama UMNO mempunyai peluang besar dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 tetapi ini juga peluang ini secara tidak langsung memberikan kelebihan dan kebaikan kepada UMNO dan Barisan Nasional bagi membentuk kekuatan.
Apabila kita melihat perpecahan berlaku dalam Pakatan Harapan sebenarnya perpecahan dalam Pakatan Pembangkang telah mencetuskan semangat kepada akar umbi UMNO dan Barisan Nasional untuk melipatgandakan usaha dan seterusnya membentuk laluan kemenangan mudah kepada Barisan Nasional.
Kesimpulannya UMNO tidak pernah sekali-kali terkeluar mahupun tergelincir daripada memegang tampuk kepimpinan negara. Inilah rekod cemerlang UMNO yang sememangnya tiada tandingan sehingga sekarang.
Selamat menyambut ulang tahun ke 71, UMNO, dan semoga kekal kukuh demi negara.
Terima kasih kerana membaca artikel ini. Untuk mendapatkan artikel-artikel baharu, sila "like" atau "follow" halaman Malayan News.

Comments
Post a Comment