Trump Jemput Najib Secara Rasmi, Dulu Mahathir Bayar Pelobi Hendak Jumpa Bush




Bulan depan, pada 12 September ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump di White House. Lawatan tersebut adalah atas jemputan rasmi Trump dan beliau memang menantikan pertemuan dengan Najib.

Perkara itu telah dinyatakan Trump ketika bertemu dengan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS), Tan Sri Dr Zulhasnan Rafique di Pejabat Oval, White House, semalam.

Ternyata ia merupakan satu penghormatan kepada Perdana Menteri yang mendapat jemputan tersebut tatkala nama beliau cuba diburukkan di Amerika Syarikat.

Macam-macam tuduhan dikenakan ke atas beliau kononnya pertemuan itu adalah untuk mengalihkan perhatian terhadap dokumen yang dikeluarkan Jabatan Kehakiman AS (DoJ) berhubung syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Betapa ceteknya pemikiran mereka yang membuat tuduhan itu kerana menyangka Trump begitu bodoh dan boleh dimanipulasi oleh Najib. Trump adalah Presiden Amerika Syarikat, iaitu sebuah negara kuasa besar dunia. Masakan beliau akan tunduk kepada sesiapa sahaja.

Jika Najib mempunyai masalah dari segi siasatan 1MDB, adakah Trump akan bertemu beliau? Sudah tentu tidak kerana Trump juga pasti mahu menjaga reputasinya.

Pertemuan itu berlaku ketika Najib sudah disahkan bersih oleh agensi siasatan, bukan satu malah banyak termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan Pejabat peguam negara.

Disebabkan cemburu melihat hubungan mesra Najib dengan Trump hingga dijemput ke White House, maka pembangkang telah menabur fitnah apatah lagi usaha mereka untuk memburukkan nama Najib menerusi media asing seperti Wall Street Jurnal (WSJ) dan Sarawak Report, gagal.

Jemputan ke White House atas jemputan Trump ini menunjukkan betapa hebatnya Najib. Beliau tidak perlu mengeluarkan duit pun untuk berjumpa dengan Trump. Tidak perlu upah pelobi

Tidak seperti semasa Mahathir mahu menemui presiden George W. Bush dulu,

Pada tahun 2002, Pejabat Kedutaan Malaysia di Amerika Syarikat mengesahkan Mahathir telah membayar AS$1.2 juta (RM.4.4 juta pada 2002) kepada pelobi, Jack Abramoff untuk mengatur pertemuan tersebut.

Pengesahan bayaran tersebut dinyatakan dalam laporan akhir Jawatankuasa Senat mengenai Hal Ehwal Pribumi Amerika yang dikeluarkan pada 2006 dan ia pernah disiarkan oleh Malaysiakini.

Jack Abramoff adalah pelobi yang telah dihukum penjara lima tahun 10 bulan oleh mahkamah Amerika pada Mac 2006 setelah didapati bersalah menipu masyarakat Indian (pribumi Amerika) dalam beberapa projek pembinaan tempat perjudian.

Maknanya Mahathir guna pelobi yang sudah terbukti bersalah sebagai penipu untuk jumpa Bush dulu.

Laporan tersebut diumumkan setelah sisatan selama dua tahun membabitkan penglibatan Abramoff dalam menawarkan 'khidmat perunding' kepada masyarakat Indian dalam beberapa projek ekonomi.

Sementara pertemuan Mahathir-Bush itu berlangsung ketika Mahathir sedang dikritik hebat kerana sentimen anti-Yahudinya dan tindakannya memenjarakan bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Namun Mahathir menafikannya walaupun laporan itu telah dikeluarkan.

Jadi, tengok dan nilailah sendiri antara Mahathir dan Najib. Betapa berbezanya mereka. Pentadbiran Najib dipandang tinggi oleh Trump, iaitu Presiden di sebuah negara kuasa dunia.

Walaupun penyokong totok Mahathir tidak nampak akan peranan Najib dalam membangunkan negara, namun orang luar lebih nampak apa yang beliau lakukan.

Jika ada rakyat negara ini sibuk membangkitkan isu yang sudah selesai seperti 1MDB dan derma RM2.6 bilion, Najib pula sibuk mencari pelaburan luar bagi kebajikan rakyat bersama.

Najib dijemput secara rasmi oleh Presiden Amerika Syarikat. Tidak perlu keluar duit dan pelobi seperti Mahathir. Ini yang buat Mahathir cemburu dengan Najib. Maka terbitlah cerita pasal campurtangan dalam PRU14 dan sebagainya.

Cerita yang hanya direka oleh Mahathir kerana "jealous" dengan layanan yang Najib terima.

Kredit to..

Beruang Biru

Comments