TRAGEDI MEMALI : PENDIRIAN AMANAH "FLIP FLOP"



Tragedi Memali yang telah berlaku 32 tahun yang lalu sebenarnya meninggalkan kesan yang mendalam kepada hati para pendukung PAS.

Bagaimanapun, sikap pimpinan utama Amanah dan pemudanya yang memperlekehkan desakan pelbagai pihak supaya ditubuhkan RCI Memali, akan menyebabkan ahli-ahli mereka dari kalangan bekas-bekas pendukung PAS mula berfikir tentang kesahihan halatuju parti tersebut.

Amanah dijangka akan kehilangan sebahagian sokongan disebabkan pendirian mereka yang 'flip flop' berkenaan penubuhan Suruhanjaya Diraja (RCI) menyiasat Tragedi Memali.

Berdasarkan kepada dapatan Institut Darul Ehsan (IDE) yang didedahkan sebelum ini, sokongan semasa kepada Amanah adalah di tahap 1 peratus.

Oleh sebab itu, dengan pendirian mereka yang bercelaru dan tidak tetap terhadap RCI Memali, sokongan terhadap Amanah dijangka merudum kepada 0.5 peratus selepas ini.

PAS juga yakin dengan pendirian 'flip flop' pimpinan Amanah dalam isu ini akan membuka mata ahli-ahli Amanah bahawa kepimpinan mereka tiada kepentingan diri dan akan kembali ke pangkuan parti asal mereka setelah melihat cakap kosong parti tersebut.

Pendirian 'flip flop' Amanah terserlah apabila pimpinan tertinggi Amanah semalam, sedia memberi kerjasama jika dipanggil selepas tertubuhnya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung peristiwa Memali.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu atau dikenali Mat Sabu berkata, persetujuan itu diambil memandangkan kebanyakan ahli parti itu adalah bekas ahli Pas yang sebelum ini kuat memperjuangkan peristiwa tersebut.

Menurut Mat Sabu lagi, isu tragedi Kampung Memali yang kini muncul kembali disifatkan sebagai 1 polemik yang dibangkitkan menjelang pilihan raya.

Pendek kata, jika sebelum ini Mat Sabu menjadi orang paling lantang memperjuangkan isu Memali dan menuntut pembelaan, kini dia segan untuk meminta bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta maaf kepada mangsa yang terlibat dalam tragedi berdarah itu kerana Dr Mahathir adalah Pengerusi Pakatan Harapan.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya!

Comments