TIRAI BESI MENANTI RAFIZI! ANGKARA MULUT BADAN BINASA



Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini mengekalkan salah satu sabitan terhadap Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli atas pertuduhan Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan mengekalkan hukuman penjara 18 bulan.

Mahkamah Sesyen sebelum ini mensabitkan Rafizi atas dua pertuduhan OSA dan menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan, dengan hukuman itu diperintahkan berjalan serentak.

Rafizi didapati bersalah mendedahkan Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB, tetapi dibebaskan daripada pertuduhan memiliki dokumen itu.

Rafizi yang juga Anggota Parlimen Pandan Rafizi didapati bersalah melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan terhadap Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan memiliki dan mendedahkan halaman 98 laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Mac 2016.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Rafizi didakwa memiliki secara salah halaman 98 laporan Ketua Audit Negara berkaitan 1MDB. Justeru dia didakwa melanggar Seksyen 8(1)(c)(iii) OSA 1972.

Rafizi juga dituduh mengedarkan dokumen sulit tanpa kebenaran di lobi parlimen pada 28 Mac dan dia didakwa melanggar Seksyen 8(1)(e)(iv) akta yang sama.Setiap satu memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun jika disabitkan kesalahan.

Comments