TINDAKAN SPRM DIANGGAP HARAM, TAPI KILANG TIADA LESEN DI SG. LEMBU TIDAK HARAM PULA



Kecoh apabila Lim Guan Eng dalam usahanya mempertahankan kilang haram milik Phee Boon Poh yang dikatakan telah mengikuti prosedur keselamatan yang ditetapkan oleh MPSP.

Namun dalam kenyataan Guan Eng pada 24 Ogos yang lalu dia cuba mengalih perhatian umum dengan menyebut bahawa EXCO P. Pinang yang tahan SPRM itu telah melalui sebuah "penahanan haram".

Memang betul Phee Boon Poh telah dibatalkan sambungan penahanan reman oleh Majistret, tapi ini bukan bermakna kes Phee Boon Poh yang terlibat dalam mengusahakan kilang haram selama 10 tahun boleh dimaafkan begitu sahaja.

Laporan Bernama semalam memetik Dzulkifli berkata, Guan Eng berdepan tindakan sivil atau jenayah sekiranya beliau tidak memohon maaf secara terbuka kepada SPRM dalam tempoh yang ditetapkan.

Ini berikutan kenyataannya yang menyifatkan tindakan menahan exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang Phee Boon Poh sebagai ‘penahanan haram’, kata Dzulkifli.

Sikap double stabdard Lim Guan Eng dan DAP ini akan terus mencalarkan imer partinya sendiri. CAT yang dikatakan telus tidak mahu berselindung dengan segala perjalanan pentadbirannya telah dibongkar satu persatu oleh Dr Norela Ariffin di dalam dan di luar sidang DUN.

Rakyat akan faham nanti mengapa Lim Guan Eng bertegas mahu mempertahankan EXCO nya yang seorang ni. Phee Boon Poh merupakan orang kuat kepada kerajaan P. Pinang dan telah banyak menaja segala keperluan DAP di sana.


Walau apa pun yang terjadi, Lim Guan Eng dan peguamnya Gobinh Singh Deoh perlu memohon maaf atau diambil tindakan oleh SPRM kerana menghina dan memfitnah badan berkuasa itu.

Comments