MAHATHIR KAYAKAN ANAK BERANAK



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan melakukan siasatan segera terhadap kekayaan luar biasa yang dimiliki keluarga Pengerusi Bersatu, Mahathir. Siasatan ini perlu dilakukan agar rakyat mengetahui sama ada Mahathir seorang pemimpin yang bersih atau sebaliknya.

Anak Mahathir, Mokhzani pernah berkhidmat sebagai bendahari pemuda UMNO Bahagian Sungai Layar. Sehingga 2006, beliau adalah seorang perwakilan UMNO salah satu kawasan di Kedah, tetapi telah tidak aktif dalam aktiviti politiknya.

Pada bulan Mei 2008, dia mengikuti jejak langkah bapanya untuk keluar dari UMNO, selepas 22 tahun sebagai ahli UMNO cawangan Sungai Layar. Kini, Mokhzani disenaraikan sebagai orang ke-11 terkaya di Malaysia oleh Forbes dengan nilai harta kekayaan US$1.2 bilion (RM 3.81 bilion) pada tahun 2014.Kekayaannya dapat dilihat memandu Bugatti Veyron biru, salah satu kereta paling mahal di dunia, bermula dari harga $1.5 juta.

Mokhzani mampu memiliki saham didalam Maxis, Kencana Peteroleum dan hampir 200 syarikat tempatan, sama seperti abangnya, Mirzan. Mirzan merupakan anak Tun M yang paling kurang dikenali oleh ramai pihak kerana beliau tidak pernah aktif didalam politik sejak dari habis zaman persekolahan.

Mirzan pula membeli sebuah syarikat arak di Filipina, San Maguel, yang kemudiannya ditukar peranannya sebagai pembekal alat ganti perkapalan dan penggalian minyak. Namun begitu teras operasi syarikat berkenaan masih berkisar kepada arak walaupun tidak mengeluarkan minuman keras berkenaan secara besar-besaran seperti sebelum ini.

Mirzan pernah mewujudkan sebuah syarikat perkapalan kargo dimana syarikat berkenaan menemui kegagalan dan menanggung hutang yang agak besar untuk diselesaikan. Menurut beberapa sumber pekerja di Khazanah Negara dan Petronas, mereka menerima sepucuk surat yang ditanda tangani oleh “individu paling berkuasa” di Malaysia untuk menyelamatkan syarikat perkapalan milik Mirzan.

Petronas terpaksa membelanjakan sebanyak RM 266 juta untuk tujuan ini. Malah ada juga laporan yang menyebut, plan penyelamatan ini melibatkan kos sehingga RM 500 juta bagi melangsaikan beberapa permasalahan dan hutang syarikat perkapalan ini. Persoalannya bagaimana Mirzan dianugerahkan geran syarikat minyak Petron yang kini mengambil alih syarikat Exxo-Mobil di Malaysia? Jawapannya Tun M menggunakan kuasa miliknya didalam Petronas untuk memastikan Mirzan memperolehi kontrak berkenaan tanpa sebarang kertas kerja dan plan perniagaan dan mengatasi beberapa pembida yang mengemukakan kertas kerja bagi membida pembelian syarikat minyak berkenaan.

Marina pula menjadi pejuang hak asasi manusia yang bergerak aktif di London. Bukan lagi rahsia bahawa Marina antara individu yang menjadi pendokong kuat gerakan BERSIH di luar negara dimana beliau jelas bersekongkol dengan Datuk S. Ambiga, Pengerusi NGO BERSIH Malaysia.
Beliau menubuhkan gerakan Sister In Islam (SIS) yang pernah mencetuskan kontroversi satu ketika dahulu dengan mendakwa wanita boleh menjadi imam bagi kaum lelaki samada pada solat biasa mahupun Solat Jumaat. Hal ini akhirnya dibuktikan di beberapa tempat di luar negara dengan tindakan seorang imam wanita bermakmumkan kaum lelaki di Britain dan Amerika Syarikat.

Marina juga adalah seorang yang begitu aktif menyokong hak kesaksamaan gender, LGBT, Islam liberal dan hak perkahwinan sejenis. Di kebanyakan dunia Islam di Asia Barat, mereka telah menyenarai hitamkan kemasukan Marina ke negara mereka kerana fahaman beliau jelas tidak dapat diterima oleh negera-negara berkenaan.

Kesimpulannya Jika Tun M melabelkan Datuk Seri Mohd Najib gagal menguruskan negara dan mengayakan isteri beliau, bagaimana pula dengan penglibatan beliau yang membolehkan Mirzan dan Mokhzani muncul sebagai bilionair negara dibawah umur 45 tahun?

Comments