SELEPAS 22 TAHUN BERKHIDMAT SEBAGAI PERDANA MENTERI, KENAPA SEKARANG BARU MAHU MENJUARAI ISU RAKYAT!



Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamed berjumpa dengan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) sebenarnya tidak akan menjejaskan sokongan kaum India terhadap Barisan Nasional (BN). Dr Mahathir menemui Pengerusi Hindraf di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, Jumaat lalu, untuk mengajak kumpulan itu menyertai gabungan parti pembangkang.

Perjumpaan ini seolah-olah menunjukkan bahawa Dr Mahathir juga kini terdesak untuk meraih sokongan kaum lain untuk mencapai hasrat politiknya. Oleh itu apa jua cara kini digunakan oleh Dr Mahathir bagi mendapatkan sokongan agar impiannya tercapai. Namun begitu sejak menerajui kerajaan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melakukan pebagai usaha untuk menjaga kebajikan dan membela nasib kaum itu. Ini kerajaan BN di bawah pimpinan Najib yang mampu membela nasib rakyat tidak kira Melayu, Cina mahupun India.

Perjumpaan Dr Mahathir bersama Hindraf tidak memberi sebarang kesan kepada situasi politik negara khususnya kepada pihak Kerajaan. Ini kerana kaum India juga kecewa dengan pencapaian Dr Mahathir yang dilihat gagal melaksanakan tanggungjawabnya membantu kaum minoriti di Malaysia.

Semasa menjadi Perdana Menteri 22 tahun, apa yang telah Dr Mahathir lakukan untuk membela nasib orang India dan semestinya hal ini telah lama membuka mata masyarakat India dan Hindraf tentang kebenarannya.

Kenapa baru sekarang Dr Mahathir mahu memperjuangkan isu rakyat walhal dia sepatutnya melakukannya ketika menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun. Adakah Dr Mahathir gagal melakukannya atau terlepas pandang ketika menjadi Perdana Menteri.

Perlu diingat kembali, 22 tahun yang lalu Dr Mahathir telah gagal memperjuangkan nasib-nasib golongan minoriti, kini dia pula terdesak untuk mendapatkan sokongan golongan minoriti untuk memenuhi agenda politik peribadinya.

Hakikatnya, takkan umur dah dekat 100 tahun baru terfikir untuk memperjuangkan isu ini. Mungkin Dr Mahathir tengah sibuk memperkayakan kroni dan anak beranak sewaktu dia berkuasa dan bermaharajalela. Dia mudah lupa untuk memperjuangkan isu rakyat Malaysia khususnya kaum minoriti. Kini dia sedar hidup mati politiknya bergantung kepada kaum minoriti.

Comments