RIZAB BNM BERTAMBAH BUKTI KERAJAAN DILANDASAN YANG BETUL MENUJU NEGARA MAJU



Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah USD99.4 bilion (bersamaan dengan RM427.0 bilion) pada 31 Julai 2017.

Paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.9 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Kesungguhan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak untuk meletakkan rizab Bank Negara Malaysia kembali atas paras US$100 bilion wajar dipuji oleh seluruh rakyat Malaysia.

Apa yang dicapai Malaysia pada ini adalah rekod terbaik di bawah pentadbiran Perdana Menteri ke 6 itu kerana rizab yang dicapai negara adalah yang paling tinggi dalam sejarah.

Jika dibuat perbandingan dengan pemerintahan zaman Tun M dan Anwar Ibrahim yang kini kononnya mahu menyelamatkan Malaysia, mereka berdua tidak pernah mencapai tahap tertinggi nilai rizab BNM ini.

Ketika Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan pada 1992, pencapaian paling tinggi adalah sebanyak US$20 bilion sahaja.

Manakala mentor Anwar Ibrahim iaitu Mahathir sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri ke 4 dan begitu lama mentadbir negara juga pencapaian tertingginya adalah tidak sampai ke tahap jumlah sebanyak US$40 bilion.

Tapi bila zaman pemerintahan D.S Najib ini, hanya dalam tempoh 8 tahun sahaja negara telah mencapai rizab sebanyak US$100 bilion.

Apa yang paling menakjubkan selain menambah rizab negara, pembangunan dan pemberian bantuan dalam bentuk kewangan seperti BR1M turut dilaksanakan.

Tidak lupa juga dari pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam, DS Najib terus melaksanakan program yang menjurus kepada kemudahan pengangkutan dan kemudahan kemudahan perumahan kepada golongan sasar terutamanya golongan B40.

Sikap inilah yang perlu dibanggakan serta yang perlu kita raikan kerana janji-janji kerajaan untuk membantu rakyat telah dikotakan serta telah direalisasikan.

Banyak manfaat yang diperolehi dengan beberapa program yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri. Slogan 1Malaysia iaitu

"RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"

adalah bertepatan dan rakyat perlu mengucapkan tahniah kepada PM kita.
See Translation

Comments