RASUAH DALAM DAP MAKIN KRONIK DAN MENJADI-JADI



Belum selesai dan reda dengan kes salah guna kuasa Exco Phee Boon Poh di Pulau Pinang yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung kes kilang haram di Sungai Lembu Bukit Mertajam, kini timbul satu lagi isu hangat di mana Persatuan Kebajikan Surplus Pulau Pinang semalam membuat laporan kepada SPRM selepas mereka bimbang wujud dua kes salah guna kuasa membabitkan Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Pihak yang membuat laporan berasa pelik apabila terdapat seorang ahli MBPP yang menerima elaun RM4,000 sebulan layak menyewa unit Projek Perumahan Rak¬yat (PPR) di Sungai Pinang dengan kadar bayaran RM100 sebulan.

Seperti mana yang semua sedia maklum perumahan PPR adalah dikhaskan kepada orang miskin, jadi persoalan di sini bagaimana ahli MBPP itu boleh tinggal di situ. Ahli majlis merupakan penggubal dasar dalam MBPP dan seterusnya menyelia PPR, jadi sekiranya terdapat aduan, bagaimana ketelusan tindakan yang akan mereka ambil.

Laporan berkenaan juga dibuat membabitkan seorang lagi Ahli Majlis MBPP yang turut memegang jawatan dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Kese¬lamatan Kampung (JKKK) negeri di Permatang Damar Laut. Di sini dapat dilihat wujud konflik kepentingan dalam me¬laksanakan tugas.

Bagaimana perkara ini boleh dibiarkan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang kerana mereka seharusnya lebih peka jika benar-benar mengamalkan slogan Cekap, Telus dan Akauntabiliti (CAT) dalam pentadbiran. Tidak dilupakan kes salah guna kuasa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang telah mencemar imej pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Sindrom rasuah dan salah laku kini seperti makin melarat dan tidak terkawal di Pulau Pinang.

Sepanjang 2 penggal DAP memerintah Pulau Pinang, bermacam-macam salah laku dan rasuah yang dilihat semakin menjadi-jadi di negeri itu antaranya seperti isu pembelian banglo di bawah harga pasaran, isu transaksi penjualan tanah manggis, isu kilang haram Sungai Lembu dan banyak lagi. Jelas sekali, Kerajaan Pulau Pinang tidak peka kepada masalah ini dan tindakan membaca ikrar bebas rasuah baru-baru ini hanya merupakan satu tindakan yang sia-sia.

Comments