RAKYAT PULAU PINANG PERLU AMBIL TAHU DOSA-DOSA GUAN ENG



Rakyat Pulau Pinang seharusnya mengambil tahu dosa-dosa Guan Eng bermula dari tahun 2008 sehinggalah tahun 2017, kalau mahu dikira-kira sudah hampir 10 tahun Guan Eng menjadi Ketua Menteri DAP Pulau Pinang. Tetapi lihatlah apa yang kita dapat selama ini,jawapannya kita dapat apa-apa langsung. Terlalu banyak dosa-dosa Guan Eng kepada rakyat Pulau Pinang antaranya amalan rasuah yang diamalkan oleh Lim Guan Eng di bawah Seksyen 23 Akta SPRM kerana didakwa menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan untuk dirinya dan isterinya Betty Chew dengan meluluskan penukaran status tanah di Balik Pulau untuk Magnificient Emblem Sdn. Bhd.
Guan Eng besar kemungkinan berhadapan dengan hukuman suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi.

Dosa Pertama, Guan Eng masih lagi gagal menjawab mengapa banglo Pinhorn dibeli di bawah harga pasaran. Sebelum ini Guan Eng berjanji untuk membina rumah mampu milik rakyat tetapi masih lagi tidak siap sehingga sekarang ini sebaliknya yang siap hanyalah banglo Pinhorn sahaja.

Dosa Kedua, DAP turut terpalit dengan isu tanah di Taman Manggis yang dikatakan akan dijadikan pembangunan projek perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) tetapi sebaliknya telah dijual kepada pihak yang ketiga dan tanah itu masih di bawah Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) Sdn Bhd seperti yang dinyatakan dalam geran tanah. Tanah di Taman Manggis Pulau Pinang yang pada mulanya telah diwartakan oleh kerajaan negeri bagi pembinaan rumah mampu milik sebaliknya rancangan untuk projek perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) digantikan dengan cadangan untuk projek pembangunan bercampur pada 2005.

Dosa Ketiga Guan Eng telah menyeleweng kos kajian terowong dasar laut, sehinggakan berjuta-juta duit rakyat ditelan oleh Lim Guan Eng dengan alasan melakukan kajian kebolehlaksanaan untuk laluan dari Persiaran Gurney ke bahagian pulau sepanjang 7.2 kilometer, itu baru kos asas sahaja. Jumlah keseluruhan yang digunakan jauh lebih besar daripada itu, di mana Lim telah menggunakan kos sebanyak RM 305 juta untuk buat kajian sahaja.

Dosa Keempat Guan Eng meminjam wang begitu banyak daripada Bank EXIM di China melalui kelulusan Rang Undang-undang Pinjaman Negeri Pulau Pinang (Bank dari Sumber-Sumber Kewangan Lain) 2017 di Dewan Undangan Negeri. Lim meminjam wang berkenaan kononnya bagi kegunaan Penang Transport Master Plan 2013- 2030 (PTMP). Hakikat sebenarnya Lim menipu rakyat dan untuk pengetahuan semua ini, Rang Undang-Undang Pinjaman Negeri Pulau Pinang boleh membenarkan Ketua Menteri seperti Lim Guan Eng yang sedang menghadapi dua kes rasuah untuk meminjam daripada China EXIM Bank daripada China tanpa perlu mendapat kelulusan DUN.

Dosa Kelima Lim telah menggadai tanah-tanah di Penang bermula pada tahun 2011 seluas 102 ekar tanah di Bayan Mutiara telah dijual kepada Ivory Properties pada harga RM1.07 bilion. Tiga tahun seterusnya, Guan Eng telah menjual sebanyak 110 ekar tanah di Gurne Drive kepada Consortium Zenith BUCG untuk projek Terowong Pulau Pinang bernilai RM6.3 juta. Tahun yang sama, 40 ekar tanah di Batu Kawan pula telah dijual kepada PE Land. Dianggarkan sebanyak RM 16 billion nilai tanah yang telah digadai oleh Guan Eng.

Dosa keenam pula pada tahun 2016 Lim bertindak memberikan jawatan Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Bukit Bendera (PHC) kepada Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke (DAP) selepas memecat ADUN Kebun Bunga Cheah Kah Ping (PKR) dari jawatan tersebut. Dia juga menjual tanah di Lebuh Raya Peel bagi tujuan pembinaan hospital swasta, hotel dan bangunan komersil kepada kroninya di Singapura. Banyak lagilah dosa Lim mengenai amalan kronisme ini, termasuk melantik bini sendiri dalam PCCC.

Dosa ketujuh Lim telah membolot kesemua jawatan yang ada kepentingan kewangan dan projek , mana tidaknya Lim telah memegang jawatan sebanyak 16 jawatan di Pulau Pinang yang melibatkan pentadbiran negeri pengerusi di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan jawatan politik. Daripada 16 jawatan Guan Eng di Pulau Pinang, 12 daripada jawatannya adalah jawatan di syarikat GLC dan jawatan politik.

Dosa kelapan hanya pada masa pemerintahan Lim dan DAP sahaja semua kampung hampir lenyap, musnah, gerai-gerai orang Melayu di Pulau Pinang sama sekali dirobohkan. Kini 25 kampung Melayu sudah hilang dan musnah hasil daripada kerakusan Guan Eng dan Kit Siang. Kalau kita dapat melihat hutan pun hilang, ditarah dengan berleluasa, bukit jadi botak dan nelayan hilang mata pencarian kerana Guan Eng.

Dosa kesembilan yang dilakukan oleh Lim adalah menyeleweng duit banjir, kita boleh bayangkan dan fikirkan mengapa sudah hampir 10 tahun Kerajaan DAP memerintah Pulau Pinang tetapi sehingga sekarang masih gagal selesaikan isu banjir. Kita lihatlah yang menjadi mangsa adalah rakyat Pulau Pinang yang terpaksa menghadapi banjir setiap tahun, habis itu ke mana hilang dan perginya wang kutipan banjir selama ini? Pelik tapi ini kebenaran, apa yang Guan Eng buat dengan duit berkenaan sampai lesap? Adakah kutipan duit banjir berkenaan masuk ke dalam poket Guan Eng?

Dosa yang terakhir Guan Eng sanggup menipu ahli-ahli DAP khususnya menipu undi CEC DAP untuk kekal berkuasa dan ketika pemilihan anggota CEC yang menentukan kepimpinan tertinggi DAP dilangsungkan pada tahun 2012, sehinggakan mereka telah mengubah keputusan pemilihan untuk memberikan kemenangan kepada Legasi Lim.

Kesimpulannya sudah terlalu banyak dosa yang dilakukan oleh Lim kepada rakyat Pulau Pinang, Kita seharusnya sedar dan tolak DAP dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 akan datang. Jangan sekali-kali terpedaya dan termakan pujukan Kit Siang dan Guan Eng yang ternyata mahu menarik dan meraih undian rakyat Pulau Pinang untuk menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 akan datang.

Comments