PPBM BUKAN MESIN BASUH TETAPI...



Bekas Exco Armada PPBM, Mohamad Taufik Abas menyamakan parti berkenaan kepada mesin basuh, di mana parti berkenaan mengambil personaliti-personaliti politik yang bermasalah dan ‘membersihkan’ imej mereka.

Komen berkenaan berikutan tindakan PPBM yang memecat beliau kerana mengkritik kepimpinan parti berkenaan. Beliau menyatakan bahawa beliau langsung tidak dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin, sebaliknya mendapat tahu perkara berkenaan menerusi pengumuman Twitter yang dibuat oleh Ketua Armada, Syed Saddiq. Di dalam pengumuman berkenaan, Syed Saddiq mengumumkan barisan baru Armada PPBM yang tidak mengandungi nama Taufik.

Tetapi, mesin basuh? Taufik telah melakukan kesalahan. Mesin basuh adalah alat yang membersihkan sesuatu. Menyamakan alat pembersih dengan PPBM berkenaan adalah seolah-olah memuji parti berkenaan kerana boleh membersihkan sesuatu.

Jika PPBM hendak disamakan dengan peralatan, mungkin lebih sesuai PPBM disamakan dengan penyedut hampagas. Mengapa? Parti berkenaan menyedut dan mengumpulkan semua kotoran di satu tempat.

Comments