PORTAL SARAWAK REPORT TIDAK KEBAL LAGI DAN KINI BERDEPAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG DI MAHKAMAH LONDON



Pada 21 April lalu, Hadi menyaman Rewcastle-Brown atas dakwaan bahawa beliau menerima dana sebanyak RM90 juta yang dimasukkan ke dalam akuan peribadinya.

Atas tindakan tersebut, parti PAS menerima satu khabar baik dalam kes saman mereka ke atas Editor portal Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.

Mahkamah di London pada 2 Ogos lepas memerintahkan Clare membayar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekurang-kurangnya £15,000 Pound (RM84,000). Setiausaha Politik Hadi Awang, Ahmad Samsuri Mokhtar berkata mahkamah menolak hujah Rewcastle-Brown bahawa beliau akan gagal membawa kes saman terhadap Hadi di Malaysia kerana dakwaan badan kehakiman dan kerajaan Malaysia mengamalkan rasuah. Mahkamah tidak menerima hujahan Rewcastle-Brown tanpa membawa bukti, bahawa sebuah negara luar berdaulat yang mempunyai hubungan diplomatik yang baik dengan United Kingdom telah mengamalkan rasuah.

Hasil dari hujah kosong dalam permohonan Rewcastle-Brown, mahkamah juga mengarahkan beliau membayar dua pertiga dari kos yang terlibat.

Rewcastle-Brown mesti membayar £15,000 ( hampir RM84,000) terhadap kos prosiding oleh Hadi Awang, di mana kuantum pembayarannya akan dipantau oleh mahkamah.

Sementara itu Rewcastle-Brown dilaporkan mengesahkan bahawa beliau perlu membayar kos berkenaan kepada Hadi.

Ternyata portal Sarawak Report dan Rewcastle-Brown adalah agen fitnah yang didalangi oleh seseorang untuk memburukkan pemimpin negara mahupun pemimpin PAS.

Sarawak Report tidak lah sekebal yang disangka pemimpin pembangkang dan perkara ini sekaligus satu tamparan hebat buat mereka.

Comments