PKR TOLAK KEHADIRAN MAHATHIR DALAM PH KERANA MEMBAWA BENCANA BESAR



Ramai ahli dan pemimpin PKR menolak kehadiran Mahathir dan parti barunya Parti Pribumi Bersatu aka parti bunga yang dilihat seolah-olah menganggu rumah tangga parti DAP, PKR dan PAN. Kedudukan kerusi mereka sebenar-benarnya semakin terancam dan kemungkinan besar boleh berlaku pergelutan untuk merebut kerusi bagi meletakkan calon mereka yang berpotensi untuk menang akan menjadi sulit dan sukar.

Hakikatnya inilah bencana besar buat mereka yang bercita-cita memegang jawatan penting dan kuasa dan mereka yang berangan untuk bergelar YB dan wakil rakyat di Parlimen atau DUN.

Mahathir sanggup bersujud dan menyembah Anwar Ibrahim, berjabat tangan dengan Anwar dan di sinilah terbukti sandiwara dengan masing-masing memainkan watak dan lakonan yang berkesan di samping peranan tuan director yang ada di belakang tabir untuk merealisasikan pertemuan itu kalau bukan siapa lagi sudah tentu Abang Besar Pakatan Harapan, DAP.

PKR tidak pernah lupa perbuatan Mahathir malah kalau hendak difikir-fikirkan sejarah 18 tahun terdahulu, Mahathir sangat dibenci oleh PKR dan reformis kerana Mahathie adalah orang yang memecat dan menghina Anwar Ibrahim dalam peristiwa hitam politik negara yang berlaku pada tahun 1998.

Anwar ditahan ISA dan disumbat ke dalam penjara dengan bermacam-macam tuduhan liar dan negatif yang dicipta oleh Mahathir. Malah mata Anwar telah lebam akibat ditumbuk semasa berada dalam penjara. Dan pada masa itulah penyokong-penyokong Anwar dan ahli PKR membuat Reformasi untuk mempertahankan Anwar yang kononnya tidak bersalah.

Tetapi selepas itu dengan mudah Mahathir menghulurkan salam kemaafan kepada Anwar. Adakah dengan mudah selepas bertahun-tahun Anwar dipenjarakan dan menderita kemudian mahukan kemaafan daripada Anwar dan pengikut-pengikut beliau? Sudah tentu jawapannya tidak.

Penyokong Anwar tidak akan berpuas hari sekiranya Mahathir diberikan laluan percuma untuk berbaik semula dengan Anwar tanpa sebarang ganti rugi dan pampasan yang tinggi untuk mengembalikan maruah pemimpin PKR itu. Namun hukuman penjara selama 5 tahun yang sedang dijalani Anwar atas kesalahan liwat bersama Saiful Bukhari Azlan jangan pula nak diputar belitkan. Kerana ia adalah perbuatan sumbang Anwar dan telah diputuskan oleh pihak mahkamah.

Kesimpulannya Mahathir dan Anwar adalah benar-benar BINATANG POLITIK. Yang menjadi mangsanya adalah rakyat kerana bersusah payah menyokong kedudukan Mahathir selama 22 tahun untuk mengayakan kroni dan anak-anak sehingga menjadi mereka antara makhluk yang terkaya di dalam Malaysia. Pada penyokong Anwar pula mereka sanggup ditangkap, dibuang kerja dan bermatian matian berdemonstrasi sekitar bandaraya KL atas tiket reformasi kerana sayangkan Anwar.

Terima kasih kerana membaca artikel ini. Untuk mendapatkan artikel-artikel baharu, sila "like" atau "follow" halaman Malayan News.

Comments