PKR IBARAT PENGEMIS POLITIK! PAS TETAP DENGAN PENDIRIANNYA DAN MENOLAK KERJASAMA PENENTUAN KERUSI BERSAMA PKR



PKR sekali lagi menerima tamparan hebat dalam politik Malaysia apabila, parti PAS secara terang-terangan menolak kerjasama penentuan kerusi bersama PKR.

Tindakan ini secara tidak langsung mencalar imej dan kredibiliti parti PKR yang dilihat cuba mendekati PAS demi memenuhi agenda peribadi parti tersebut.

PKR seolah-olah mahu PAS memberi ruang kepada PKR agar perjalanannya politik partinya dapat bernafas tanpa sebarang halangan. Mereka cuma mahu menang dalam pilihan raya dan kini bagai terpaksa mengemis dengan parti PAS.

Buat PKR jangan lupa bahawa pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan dari DAP, Bersatu dan Amanah yang pernah menegaskan bahawa mereka tidak memerlukan PAS untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti.

Pemimpin seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Dr Mahathir dan Mat Sabu antara mereka yang sentiasa mengkritik PAS dan berharap agar PAS kecundang dalam PRU-14 kelak.

PAS menegaskan kerjasama dengan PKR tidak akan berlaku termasuk membabitkan isu penentuan kerusi pada PRU-14 ini. Ini kerana PAS menegaskan bahawa hubungan tahaluf siyasi dengan PKR sudah terputus Mei lalu.

Walaupun PKR terdesak dan mencari ruang untuk berbincang, namun setakat ini parti PAS tidak akan membuat sebarang perundingan dengan PKR dan tidak akan melayan parti tersebut.

Kenyataan pedas buat parti PKR jelas terbukti apabila Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah memberi komen berikut. "Kalau Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail, kata mahu berbincang dengan PAS dalam isu penentuan kerusi PRU-14. Bagi kami senang saja, PKR jangan bertanding di mana-mana kerusi kami bertanding."

Comments