PIHAK ATASAN ARAH UBAH PENYATA KEWANGAN


Perkembangan terbaru berkaitan Siasatan Diraja melibatkan skandal Forex begitu menarik perhatian rakyat pada masa ini.

Pendedahan yang dibuat Bekas Pengurus Jabatan Akaun BNM, Saleha Lajim, dalam keterangan di hadapan Suruhanjaya Siasatan berkata pada tahun 1993, BNM mengalami kerugian lebih RM5.7 bilion dalam urus niaga mata wang asing.

Namun jumlah kerugian itu sebenarnya lebih besar sehingga mencecah RM17 - 18 bilion menurut Saleha Lajim. 

Saleha berkata, ketika beliau bertugas di Jabatan Akaun BNM pada tahun 1993, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop adalah Penasihat BNM. 

Perkara yang paling mengejutkan mengenai pendedahan tersebut, pihak atasan Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan arahan, supaya kerugian urus niaga mata wang asing yang dialami pada tahun 1993, tidak dinyatakan dalam penyata kewangan tahunannya.

Bagaimanapun, Saleha berkata, pihak atasan (yang memegang jawatan penasihat dan ke atas) ketika itu, mengetahui mengenai status untung rugi aktiviti urus niaga mata wang asing berdasarkan laporan mingguan yang diberikan dalam mesyuarat.

Individu yang mengetahui status urus niaga mata wang asing yang dijalankan mengalami kerugian dan ia diketahui Timbalan Gabenor ketika itu, Tan Sri Dr Lin See Yan.

Tan Sri Dr Lin See Yan juga didapati memberi arahan lisan kepada Saleha Lajim untuk membuat pengubahsuaian pada penyata kewangan yang akan dikeluarkan nanti.

Bagaimanapun kerugian itu tidak dinyatakan dalam penyata kewangan tahunan 1993, tetapi dikategorikan sebagai perbelanjaan tertunda.

Selepas mendapat arahan lisan dari Tan Sri Dr Lin See Yan, Saleha memberi arahan kepada kakitangan Jabatan Akaun untuk membuat pengubahsuaian berkenaan.

Tugas Kakitangan Jabatan Akaun akan menyediakan draf kertas lembaga pengarah untuk dikemukakan kepada Gabenor melalui penasihat bagi kelulusan.

Manakala kerugian akibat urus niaga mata wang asing itu dicajkan ke akaun rezab turun naik nilai pelaburan dan rezab turun naik kadar pertukaran.

Setelah siap semua urusan, Saleha memaklumkan akaun akhir penyata kewangan kemudian dihantar kepada Jabatan akaun kerana perlu dicetak dan dikembalikan kepada padanya untuk uruskan tandatangan.

Comments