PENGERUSI RCI TERKEJUT DAN HAIRAN KERUGIAN BNM DALAM PELABURAN FOREX TIDAK DIAMBIL TINDAKAN DAN DICATATKAN




Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) Skandal Forex dalam soal balas terhadap saksinya semalam ke atas Datuk Abdul Murad, Bekas Penolong Gabenor yang berkhidmat ketika Skandal Forex berlaku.

Tan Sri Sidek telah bertanya kepada DatuK Abdul Murad mengenai apa tindakan susulan Anwar Ibrahim (menteri kewangan) selepas dimaklumkan mengenai kerugian AS$170 juta yang dialami bank pusat itu akibat perdagangan mata wang asing (forex) pada awal 1990?.

Murad berkata, tiada siasatan mahupun laporan dibuat berhubung kerugian berkenaan.

Sidek terkejut dan hairan bagaimana kerugian besar itu tidak diambil tindakan mahupun dicatatkan dalam laporan BNM.

Inilah kekejaman zaman Mahathir ketika memerintah yang perlu rakyat tahu. Mahathir dan Anwar Ibrahim ingat rakyat bodoh dan dungu pada ketika itu.

Segala kesilapan mengurus wang negara dan wang rakyat dapat disenyapkan. Malah tiada sebarang tindakan diambil ke atas kerugian urusniaga pertukaran matawang Forex yang berlaku sepanjang 1990 an.

Dosa dan perbuatan salah mereka boleh ditutup dalam sekelip mata sahaja dengan menggunakan kuasa yang mereka ada.

ISA dan hukuman berat lain digunakan pada masa itu sekiranya mereka ingkar atau membocorkan rahsia yang sebenarnya walaupun perbuatan pemimpin pada masa itu salah di sisi undang-undang dan negara.

Comments