PEMBANGKANG MENENTANG UMNO YANG MENGETUAI BARISAN NASIONAL SEBAGAI PARTI PEMERINTAH



Pembangkang menentang UMNO sebagai parti pemerintah kerana tidak suka dengan dasar-dasar parti UMNO. Kalau benar tidak suka dengan dasar-dasar UMNO, tidak lain tidak bukan orang-orang bukan Islam kerana UMNO semua orang tahu memperjuangkan hak-hak orang Melayu.

Ingatkah kita semua dengan reformasi? Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditubuhkan oleh Anwar Ibrahim untuk menentang Mahathir yang menerajui Kerajaan Barisan Nasional selepas Anwar Ibrahim dipecat daripada UMNO. Ketika itu Pakatan pembangkang bersatu menentang Mahathir yang digelar Mahafiraun Mahazalim. Tetapi sekarang ini Pakatan Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat pula yang membela Mahathir dan bagaimana mereka boleh melupakan dosa-dosa Mahathir sebagai bekas Perdana Menteri yang terlama di Malaysia iaitu selama 22 tahun telah dilupakan dan diabaikan oleh pembangkang dengan begitu sahaja?

Ramai daripada barisan pemimpin kerajaan yang diburukkan oleh pembangkang seperti Datuk Seri Shafie Afdal, Tan Sri Muhyidin Yassin, Datuk Seri Mukhriz dan yang lain-lain apabila mereka tidak lagi berada dalam UMNO dan kerajaan, terus disanjung dan diberikan tempat di pentas-pentas pembangkang. Dakwaan-dakwaan negatif ke atas mereka menjadi senyap di mulut pembangkang.

Inilah hakikat dunia politik, musuh boleh menjadi kawan untuk mencapai kepentingan dan matlamat bersama. Tidak ada musuh atau kawan yang kekal dalam politik. Sesiapa sahaja yang menjadi pemimpin kerajaan adalah hina dan sesiapa yang membangkang kerajaan adalah mulia. Sama juga dengan PAS yang dianggap Islamik ketika menentang UMNO kini diragui apabila mereka kelihatan mesra dengan pimpinan kerajaan hari ini.

Sesiapa sahaja yang cenderung menyokong kerajaan sudah pasti akan ditentang habis-habisan dan sesiapa yang membangkang dianggap mulia, dan perjuangan suci mereka adalah menentang kerajaan. Sebaliknya sesiapa sahaja yang keluar daripada pembangkang dan menyertai kerajaan akan dituduh serta merta sebagai pengkhianat, pembelot dan menjual bangsa. Mereka akan dituduh dibeli, menerima rasuah, pemakan dedak dan sebagainya.

Kenyataan yang harus kita semua terima adalah sekalipun kerajaan bertukar kita akan tetap menentang kerajaan kerana kita adalah manusia yang berkeluh kesah, sentiasa tidak berpuas hati dan tidak mensyukuri keadaan yang kita nikmati selama ini. Kita akan menentang apa sahaja yang kerajaan lakukan, meletakkan salah kepada kerajaan dan orang atasan dan pemerintah.

Kesimpulannya jika benar perjuangan kita berada di atas landasan yang benar, kita pasti akan menolak individu-individu yang zalim untuk memimpin kita semua. Politikus-politikus yang pragmatik yang selalu bertukar pendirian mengikut kepentingan peribadi mereka ini sudah pasti luput dalam politik negara ini jika anda memperjuangkan kebenaran.

Terima kasih kerana membaca artikel ini. Untuk mendapatkan artikel-artikel baharu, sila "like" atau "follow" halaman Malayan News.

Comments