PAS TETAP DENGAN PENDIRIANNYA UNTUK TIDAK ADAKAN KERJASAMA POLITIK DENGAN PKR SEMULA



PAS kekal dengan pendirian tidak akan mengadakan sebarang kerjasama politik dengan PKR, khususnya dalam menghadapi PRU14. Tindakan itu selaras dengan keputusan dan strategi parti itu yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura Ulamak pada Mei lalu.

Isu ini telah ditegaskan oleh Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali dan kepimpinan tertinggi PAS bahawa PAS tidak akan mengadakan sebarang kerjasama politik dengan PKR mahupun dengan Pakatan Harapan khususnya parti DAP dan AMANAH.

Kenyataan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa parti itu bersedia membuka pintu untuk berunding bersama PAS dianggap sebagai satu tindakan terdesak Azmin Ali untuk menyelamatkan karier politiknya.

Mungkin Azmin Ali sedar bahawa PAS adalah parti yang dapat menyelamatkan karier politiknya di Selangor. Dengan ketiadaan PAS dalam Kerajaan Selangor nanti, sudah pasti jawatan Menteri Besarnya akan berada di hujung tanduk pada PRU-14. Ini kerana di Selangor, PAS adalah antara parti yang banyak memenangi kerusi pada PRU-13.

Comments