PAKATAN HARAPAN AKAN KURANGKAN JUMLAH PENJAWAT AWAM SEKIRANYA MEMERINTA



Untuk pengetahuan semua sebanyak lebih kurang RM100 bilion setahun bajet kerajaan dibelanjakan untuk membayar gaji kepada seramai 1.6 juta orang penjawat awam.

Selain itu, kerajaan juga menanggung perbelanjaan seramai 600 ribu penjawat awam yang telah bersara dari perkhidmatan mereka.

Cita-cita pembangkang sekiranya mereka dapat menawan Putrajaya hasrat mereka yang pertama adalah untuk menghapuskan GST yang dikutip oleh kerajaan Barisan Nasional pada masa ini.

Adakah anda tahu bahawa pendapat anggaran kutipan GST setahun adalah sebanyak RM48bilion.

Sekiranya GST dimansuhkan oleh pembangkang, dari mana mereka mahu mendapatkan dana yang begitu besar sebanyak RM100 billion atau separuh daripadanya untuk menampung gaji dan bayaran pencen kepada penjawat awam?

Jika merujuk kembali kenyataan beberapa pemimpin pembangkang sebelum ini yang mahu mengurangkan jumlah penjawat awam bagi mengurangkan perbelanjaan negara, ianya pasti tidak mustahil akan dilaksanakan.

Pembangkang juga pernah menyatakan bahawa penjawat awam hanya menyusahkan dan Malaysia tidak perlu penjawat awam yang begitu ramai.

https://www.malaysiakini.com/news/362151#BHB14cHRqPHGPdJs.97

http://www.freemalaysiatoday.com/…/tony-pua-operasi-keraja…/

http://www.tv14.my/…/pembangkang-tak-hargai-jasa-dan-pengo…/

http://tokanjang.com/…/pakatan-harapan-mahu-kurangkan-juml…/

Comments