MUHYIDDIN JANGAN HARAP DAPAT TAWAN DAN TAKLUK DI PAGOH



Muhyiddn Yassin masih beteka teki sama ada kekal di Parlimen Pagoh atau bertanding di kawasan lain pada Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti. Muhyiddin berkata perkara berkenaan akan diputuskan jawatankuasa rundingan antara parti di peringkat nasional bagi menentukan kerusi yang akan beliau tandingi. Muhyiddin dengan lagaknya berkata beliau masih lagi wakil rakyat dan pengerusi PPBM Pagoh dan beliau mendakwa kononnya dirinya disukai oleh orang Pagoh.

Malah dalam mesyuarat pakatan pembangkang Johor yang pertama, Muhyiddin telah dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan Johor dan apabila wartawan bertanyakan sama ada pelantikannya sebagai Pngerusi Pakatan Harapan Johor bermakna Muhyiddin sendiri bakal dinamakan sebagai Menteri Besar Johor pembangkang, sekaligus bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri, Muhyiddin berkata perkara berkenaan terserah kepada peringkat pusat.

Selama ini Pagoh menjadi kubu buat UMNO dan Barisan Nasional, mahu ditawan dan keyakinan itu berkumandang pada semua lokasi ceramah umum yang Barisan Nasional adakan. Persoalannya mampukah Muhyiddin dan Pakatan Harapan menawan Johor yang selama ini sememangnya menjadi kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional? Kalau mengimbas semula keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu, Barisan Nasional berjaya menawan 20 buah kerusi Parlimen dengan hanya 6 kerusi dimiliki oleh Pakatan Rakyat yang pada hari ini lebih dikenali sebagai Pakatan Harapan.

Semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu, antara penyumbang kepada kemenangan Pakatan Rakyat di Johor adalah datangnya daripada DAP yang berjaya menawan 4 buah kerusi. PKR pula memiliki satu kerusi iaitu di Batu Pahat manakala satu lagi kerusi datangnya daripada pembelot utama UMNO, Barisan Nasional iaitu Muhyiddin Yassin di Pagoh.

Melihatkan kepada 5 buah kerusi yang dimenangi oleh DAP dan PKR, majoriti pengundi di kawasan berkenaan adalah datangnya daripada kaum Cina yang menguasai lebih 50 peratus. Manakala di Pagoh pula, kemenangan Muhyiddin di sana semuanya disebabkan beliau bertanding atas tiket Barisan Nasional.

Melihatkan keadaan itu, adakah Muhyiddin cukup yakin bahawa kesemua pengundi di semua Parlimen di Johor terutamanya kaum Cina di sana akan menyebelahi mereka semula memandangkan keadaan Muhyiddin, PPBM dan Pakatan Harapan sendiri berada dalam keadaan kucar kacir?

Jawapannya bukan mudah untuk Muhyiddin mengambil alih Pagoh dengan mudah dan sesuka hati. 
Muhyiddin seharusnya ingat rakyat secara keseluruhannya sudah mula sedar dengan sikap sebenar saudagar janji, dan rakyat tahu Muhyiddin dan Parti Pakatan Harapan hanya tahu menabir janji-janji manis dan palsu semata-mata. Malah satu demi satu permainan pembohongan oleh Muhyiddin dan Pakatan Harapan yang akhirnya terbongkar dan rakyat menyedari akan gelombang fitnah yang dipelopori oleh Muhyiddin dan Pakatan Harapan. Rakyat Pagoh tidak akan sekali-kali mudah terpedaya dan terpengaruh dengan janji-janji manis Muhyiddin dan Pakatan Harapan.

Kalau kita perhatikan ceramah Muhyiddin dan Pakatan Harapan sama sekali tidak mendapat sokongan daripada penduduk, malah ceramah politik mereka di negeri ini kebanyakannya dihadiri oleh orang luar. Usaha mereka ini yang mahu menukar kerajaan dan memberi amaran bahawa pertukaran kerajaan daripada Barisan Nasional kepada pembangkang akan menyebabkan negara berada dalam keadaan kucar kacir dan porak peranda.

Negara ini akan porak peranda jikalau pembangkang memerintah disebabkan mereka pembangkang tidak ada sebarang pengalaman memerintah dan mentadbir negara. 
Kesimpulannya rakyat Pagoh jangan sekali-kali membiarkan Muhyiddin dan Pakatan Harapan mengambil alih dan menawan Pagoh. Kalau Pagoh jatuh ke tangan Muhyiddin dan Pakatan Harapan ingatlah kita akan menjadi sepertimana Pulau Pinang.

Lihatlah bagaimana kaum bumiputera ditindas, dan hak-hak kaum Bumiputera diabaikan dan dipinggirkan. Pastikan Pagoh tempat berkubur Muhyiddin dan Pakatan Harapan buat selama-lamanya.

Comments