MALAYSIA SELANGKAH LAGI KE ARAH MEMENANGI EMAS DALAM FUTSAL.



Syed Aizad Daniel Syed Nasir telah menjadi hero apabila membantu Malaysia mengambil selangkah lagi ke arah meraih pingat emas dengan mengalahkan Mynamar 5-4 di Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam, sebentar tadi.

Myanmar telah mengambil inisiatif pertama dengan membolosi gol Malaysia hanya seawal dua minit setelah perlawanan bermula. Aung Aung telah mengambil peluang pasukan Malaysia yang masih tercari-cari rentak untuk menampan masuk bola ke dalam gol Malaysia.

Malaysia telah menyamakan gol menerusi Muhammad Azri Rahman pada minit keenam dan seterusnya mendahului Myanmar menerusi gol kedua oleh Akmarulnizam Mohd Idris pada minit kelapan. Namun Myanmar telah mengikat kedudukan 2-2 pada 13 minit perlawanan menerusi rembatan Ko Ko Lwin

Pada babak kedua, Myanmar mengasak Malaysia untuk menjaringkan dua gol pada minit ke-24 (Pyae Phyo Maung) dan minit-30 (Phyo Maung) untuk Myanmar di kedudukan selesa.

Namun, pasukan Malaysia bangkit pada 10 minit terakhir dengan jaringan Khairul Effendy Mohd Bahrin merapatkan jurang pada minit ke-31 dan dan Muhammad Azri menyamakan kedudukan pada minit ke-34, sebelum Syed Aizad menjaringkan gol kemenangan Malaysia.

Kemenangan pasukan futsal lelaki Malaysia telah meneruskan rentak cemerlang pasukan futsal perempuan Malaysia yang telah mengalahkan pasukan futsal perempuan Myanmar 2-1 pada petang sebelum itu.

Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasukan Futsal Malaysia dan jurulatih Chiew Chun Yong atas kemenangan yang cemerlang.

Comments