HUKUMAN PENJARA RAFIZI RAMLI KEKAL 18 BULAN MAHKAMAH TINGGI TOLAK RAYUAN



Mahkamah Tinggi telah menolak rayuan Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli, untuk mengenepikan pelaksanaan hukuman 18 bulan penjara atas pertuduhan mendedahkan kandungan Laporan Pengauditan 1MDB tahun lalu.

Mahkamah mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap pertuduhan atas kesalahan mendedahkan kandungan satu halaman muka surat 98 mengenai Laporan Pengauditan 1MDB, kesalahan mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972.

Rafizi Ramli didakwa melakukan kesalahan itu di lobi bangunan Parlimen, Jalan Parlimen, di sini pada 3 petang, 24 Mac lalu mengikut Seksyen 8(1)(c)(iii) Akta Rahsia Rasmi 1972 dan boleh dihukum penjara hingga tujuh tahun, jika sabit kesalahan.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan Peguam Rafizi Ramli bagi menangguhkan hukuman sehingga rayuan selesai di Mahkamah Rayuan manakala jaminan RM20,000 dikekalkan.

Mengikut peruntukan undang-undang, Rafizi Ramli akan hilang kelayakan bertanding sebagai calon dalam pilihan raya umum kerana seseorang yang disabitkan dan dihukum denda RM2,000 atau penjara lebih setahun tidak boleh menjadi calon.

USAHA RAFIZI SIA-SIA

Segala usaha pembabitan Rafizi Ramli dalam pengalisaan KONVOI TRUCK BINA SEMULA NEGARA dan Invoke juga tidak diiktiraf rakan-rakan dalam Pakatan Harapan.

Bila dilihat usaha Rafizi selama ini hanya sia-sia sahaja kerana apabila dia dikenakan tindakan undang-undang dan keluar masuk mahkamah tiada seorang pun yang memberi moral support kepadanya. Malah ada dari rakan-rakannya sendiri yang mencemuh segala usahanya itu.

Walaupun harta dan kuasa boleh dimiliki Rafizi Ramli atas upah atau komisyen usaha fitnah yang diusahakannya, namun apabila dah meringkuk dalam penjara satu benda pun tak berguna lagi.

INSAFLAH RAFIZI SEBELUM TERLAMBAT

Mengaku sahajalah atas kesilapan lampau kamu tu. Baliklah ke pangkal jalan dan jangan terlalu ikutkan nafsu dan bisikan syaitan dari kalangan rakan-rakan di dalam kelompok pembangkang.

Comments