MAHATHIR TIDAK PERLU BERJANJI AKAN MENJAGA KEBAJIKAN MASYARAKAT INDIA KERANA JANJI BELIAU TIDAK BERNILAI



Baru-baru ini Mahathir hari ini bertemu dengan Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy, kumpulan yang memperjuangkan hak asasi kaum India, bagi mendapatkan kerjasama kumpulan berkenaan bagi membantu Pakatan Harapan pada pilihan raya umum akan datang.

Mahathir, yang menggunakan istilah ‘keling’ bagi merujuk kepada masyarakat India.

Motif Mahathir berbuat demikian jelas kerana sedar bahawa masyarakat India memainkan peranan penting di dalam menentukan undi bagi PRU ke-14.

Sekali lagi perlu diingatkan Mahathir menggunakan perkataan ‘keling’ merujuk kepada masyarakat India.

Sebenarnya, tindakan berkenaan jelas menunjukkan bahawa beliau sebenarnya tidak ikhlas langsung menjaga kebajikan masyarakat India di negara ini dan sebaliknya hanya berniat untuk mempergunakannya. Jika tidak, masakan apabila keluar daripada UMNO pada 2016, Mahathir menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia, sebuah parti menyerupai UMNO.

Pada ketika itu beliau menyangka bahawa kebanyakan ahli UMNO akan keluar daripada UMNO dan menyertai PPBM. Tetapi, seperti kata Taufik Abas, bekas exco PPBM, parti berkenaan hanya berjaya menarik personaliti-personaliti bermasalah keluar daripada UMNO. Tanpa pengaruh pemimpin-pemimpin UMNO, adalah sukar untuk beliau mendapatkan lebih banyak sokongan daripada akar umbi.

Oleh itu, PPBM menjalinkan kerjasama dengan DAP, PKR dan PAN serta menyertai Pakatan Harapan. Walau apa yang didakwa, Pakatan Harapan dikuasai oleh pemimpin-pemimpin Cina dan Melayu dengan tokoh-tokoh India daripada DAP dan PKR lebih merupakan watak tempelan tampa sebarang pengaruh langsung. 

Strategi seterusnya adalah mendapatkan “MIC versi Pakatan”, dan di sini Hindraf dilihat dapat mengisi posisi berkenaan.

Oleh itu, pertemuan dibuat dan Mahathir berjanji akan menambah baik kehidupan masyarakat India di negara ini, sesuatu yang SEDANG DIBUAT oleh Najib, Perdana Menteri sekarang.

Sebaliknya, Mahathir, semasa pemerintahan beliau selama 22 tahun, lebih dua kali ganda tempoh pemerintah Najib, bukan sahaja gagal menjaga, bahkan mengabaikan kebajikan masyarakat India. Kerana kebajikan masyarakat India terabailah Hindraf yang diketuai oleh Waythamoothy diwujudkan.

Apa alasan Mahathir bagi menjelaskan berkenaan kebajikan masyarakat India terabai? Peruntukan-peruntukan dan bantuan-bantuan untuk masyarakat India tidak mencapai sasaran.

Seperti kata satu pepatah Bahasa Inggeris yang biasa digunakan bagi merujuk kepada kepimpinan, “You can delegate authority, but not responsiblity” iaitu anda boleh mewakilkan kuasa, tetapi bukan tanggungjawab.

Mahathir jelas mengelak dan lari dari tanggungjawab tersebut, sesuatu yang jujurnya akan menjengkelkan.

Mahathir adalah Perdana Menteri pada masa itu dan sebagai ketua pemerintahan sudah tentu dapat melihat dengan jelas keberkesanan program-program yang dijalankan. Sebaliknya, beliau hanya pandang sebelah mata.

Sebaliknya, Najib telah melancarkan Malaysian Indian Blueprint yang berada di bawah pemantauan beliau sendiri. Salah satu daripada program di bawah blueprint ini adalah “Program Perumahan Rakyat Ampar Tenang”. Projek berkenaan, dengan peruntukan RM 60 juta, melibatkan pembangunan 400 buah rumah bagi penduduk Taman Permata yang rata-rata merupakan bekas pekerja ladang Prang Besar, Galloway, Sedgley dan Medengley. Mereka telah diusir dari rumah mereka apabila ketiga-tiga ladang berkenaan diambil alih bagi membangunkan Putrajaya pada zaman Mahathir.

Mahathir tidak perlu berjanji akan menjaga kebajikan masyarakat India. Dulu semasa masih muda dan memegang kuasa sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, beliau mempunyai banyak peluang dan masa berbuat demikian tetapi tidak dilaksanakan. Sekarang, di penghujung usia dan tanpa kuasa, beliau berjanji.

Bolehkah janji orang seperti ini dipercayai?

Comments