MAHATHIR HINA KAUM INDIA SEBAGAI "KELING" TETAPI KINI CUBA TARIK HINDRAF SERTAI PAKATAN



Perjumpaan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Mahathir Mohamad dengan pemimpin Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) sama sekali tidak memberikan sebarang kesan kepada Parti Barisan Nasional. Tindakan Mahathir hanyalah mahu menarik kumpulan Hindraf menyertai pakatan pembangkang ini adalah bertujuan demi kepentingan peribadi semata-mata dan bukannya untuk memperjuangkan nasib rakyat.

Hakikatnya Hindraf tidak mempunyai sebarang prinsip dan matlamat perjuangan sebenar kerana pemimpin pergerakan Hindrag itu sering kali menyertai pelbagai parti politik termasuklah parti Barisan Nasional dan akhirnya menentang kerajaan disebabkan kononnya tidak memenuhi kehendak mereka.

Pakatan Harapan dilihat sudah semakin terdesak sehingga membelakangkan sendiri kepimpinan pakatan berkenaan. Apatah lagi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 ni pakatan pembangkang berpecah belah sehingga sanggup menggadaikan prinsip perjuangan mereka. Pengerusi Pakatan Harapan itu dilihat hilang prinsip sehingga sanggup untuk bekerjasama dengan Hindraf.

Mahathir mendakwa kononnya sokongan Hindraf untuk Pakatan Harapan dilihat berupaya memberikan kelebihan untuk memastikan sokongan kaum India tetap kepada gagasan pembangkang. Kerjasama antara Pakatan Harapan dengan Hindraf adalah yang terbaik dilakukan memandangkan Hindraf mempunyai sokongan akar umbi yang sangat kuat di kalangan masyarakat India yang kebanyakkannya dari golongan berpendapatan rendah dan hidup di luar ataupun pinggiran bandar. 
Pakatan Harapan juga bakal mendapat faedah dan menawan pengundi dari golongan Hindraf jika mereka bekerjasama dalam Pilihan Raya Umum Ke 14 akan datang. Penggabungan atau kerjasama Pakatan Harapan dengan Hindraf adalah amat penting dalam membantu menewaskan dan menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional.

Semua ini dilakukan disebabkan pertimbangan peribadi atau emosi semata-mata. Semakin banyak keretakan yang dialami oleh mereka lagi-lagi apabila menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 kita dapat melihat semakin banyak masalah dalam Pakatan Harapan kerana masing-masing ada perjuangan sendiri.

Kesimpulannya Mahathir sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai kepentingan politik dan agenda peribadi beliau tersendiri agar dapat menumbangkan dan menumpaskan Barisan Nasional. Dan hanya Kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sahaja yang mampu melakukan pelbagai usaha untuk menjaga kebajikan dan membela nasib rakyat termasuk masyarakat India di negara ini.

Comments