MAHATHIR BAWA LARI WANG RM38 BILION KE LUAR NEGARA? RAMAI LAGI YANG TERLIBAT RUPANYA...



Pendedahan berserta bukti yang baharu dikeluarkan oleh Bekas Pegawai Mahathir, Abdul Hameed bin Gula Maideen mengesahkan beberapa teka teki mengenai kehilangan wang negara sebanyak berbilion ringgit sebelum ini mungkin mempunyai kebenarannya.

Menurut Abdul Hameed, Mahathir memiliki RM83 bilion di luar negara hasil dari pemindahan wang ringgit note RM500 dan RM1000 ke Taiwan sejak 1982 hingga 1995.

Menurut Abdul Hameed, wang-wang ini dicetak di London dan dihantar ke Taiwan dan dipegang oleh CKS Foundation secara berperingkat dari tahun 1982 hingga 1995.

Manakala wang tersebut masih ada di Taiwan dan sekiranya pihak berkuasa Malaysia atau Bank Negara Malaysia (BNM) mahu menyiasatnya mungkin inilah masa yang sesuai.

Abdul Hameed dalam sidang medianya turut membawa senarai nombor siri wang tersebut disamping mengaku pernah cuba membawa wang tersebut masuk ke Malaysia tetapi dihalang oleh pihak mereka.

ANWAR IBRAHIM JUGA PERNAH TERLIBAT DENGAN ISU MEMBAW LARI WANG RM500 DAN RM1000

Anwar Ibrahim didakwa pernah menyimpan wang kertas RM500 dan RM1000 yang bernilai RM10 billion di luar negara sehinggalah taraf sah laku kedua-dua wang kertas tersebut ditarik balik pada tahun 1999.

Mengikut sumber daripada Utusan Malaysia, sebanyak 177,077 wang kertas RM500 dan RM1,000 yang bernilai RM101 juta masih tidak dapat dikesan daripada pasaran sehingga 30 Januari 2011.

Timbalan Menteri Kewangan pada masa itu, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, daripada jumlah itu, 150,259 keping atau 92.4 peratus adalah wang kertas RM500 yang bernilai RM75 juta, manakala 26,818 keping atau 99.4 peratus ialah wang kertas RM1,000 bernilai RM26 juta.

Wang kertas ini (RM500 dan RM1,000) ini telah dinyahlakukan berkuat kuasa 1 Julai 1999, maknanya selepas daripada tarikh itu wang kertas tersebut tidak lagi bernilai. Tiada juga cetakan dibuat sejak tahun berkenaan.

Walaupun wang kertas RM500 dan RM1000 tidak lagi bernilai dan taraf sah lakunya ditarik balik, anda masih lagi boleh menukar wang kertas tersebut di mana-mana cawangan Bank Negara Malaysia atau menjualnya kepada pengumpul matawang lama.

Inilah satu pekara yang rakyat Malaysia lupa bahawa wang note RM500 dan RM1000 berjumlah 101 juta berada didalam simpanan Anwar Ibrahim. Kerana itu apabila Mahathir memecat Anwar Ibrahim dari jawatan Menteri Kewangan pada tahun 1999 mata wang tersebut terus dibekukan penggunaanya dan pengeluarannya.

Orang muda yang ada hari ini mungkin tidak tahu pekara ini apatah lagi pernah melihat mata wang note RM500 dan RM1000. Tetapi kepada mereka yang lebih berumur pasti pernah melihat malah memegang wang tersebut.

Sebab itu Anwar Ibrahim meroyan sampai sekarang nak jadi Perdana Menteri kerana apabila beliau berkuasa kelak percayalah penggunaan mata wang RM500 dan RM1000 akan digunakan semula bagi memberikan lesen buat Anwar Ibrahim membawa kembali wang bernilai jutaan ringgit tersebut yang telah dirompak oleh beliau sewaktu menjawat jawatan Menteri Kewangan.

MUHAMMAD TAIB JUGA PERNAH DITANGKAP BAWA WANG 19KG DI AUSTRALIA

Bekas Menteri Besar Selangor itu pernah ditahan oleh pihak berkuasa Australia kerana membawa sejumlah wang seberat 19 kilogram ketika menaiki sebuah pesawat di Australia pada 1996.
Beg galas yang dibawa oleh bekas Menteri Besar itu melebihi empat kali ganda berat minimum (lima kilogram) yang dibenarkan dibawa ke dalam pesawat.

Anggaran wang yang diseludup oleh Muhammad Taib adalah wang yang berjumlah AS$740,000 (RM2.8 juta dalam nilai sekarang).

Pengakuan yang dibuat kepada pegawai Polis Persekutuan Australia selepas seminggu dia ditahan bahawa pada masa itu dia membawa beribu-ribu wang dalam bentuk mata wang asing iaitu Singapura, Malaysia, New Zealand dan AS$75,000.

Jadi tidak hairanlah pada masa itu ramai yang gila duit dan cuba mengambil kesempatan untuk menggelapkan wang yang ada sebelum wang tersebut dinyahlupuskan.

Semua yang terlibat akhirnya kini menjadi pembangkang yang benar-benar hilang identiti kerana sifat tamak mereka sebelum ini.


MAHATHIR - Parti Munge
ANWAR IBRAHIM - Peliwat/Penjara
MUHAMMAD TAIB - Pembangkang/Pemfitnah/Lompat Parti

Comments