KIT SIANG PERBODOHKAN PENYOKONG-PENGYOKONG PARTI PAKATAN HARAPAN



Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang hanya memberi harapan palsu dan memperbodohkan kepada penyokong parti pembangkang kononnya Pakatan Harapan berkemampuan dan berkeyakinan tinggi mampu menawan Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti.

Kit Siang sudah mula melancarkan kempen propaganda politik beliau sendiri dengan mendakwa kononnya Pakatan Harapan berupaya menawan dan menakluk Perak. Tetapi malangnya setakat ini kempen propaganda murahan Kit Siang bagaikan angin lalu sahaja, tidak mendapat sebarang sambutan dan gagal untuk meningkatkan moral penyokong Pakatan Harapan dan dilihat sama sekali tidak berupaya menandingi kebangkitan semula parti Barisan Nasional yang berterusan memperkukuhkan kedudukannya.

Sekarang ini Kit Siang dan penyokong Pakatan Harapan dilanda kebimbangan dan keresahan kerana jika Barisan Nasional berjaya mengekalkan prestasi mereka seperti sekarang ini dan rakyat pula semakin hari semakin selesa bersama dengan Barisan Nasional, bermakna Pakatan Harapan sudah pasti akan tumbang dan tumpas di Perak.

Perkara yang lebih merunsingkan dan memeningkan kepala Kit Siang apabila kubu DAP di Pulau Pinang sudah semakin goyah, hambar dan goyang dan jika kena gayanya dengan Pulau Pinang sekali harung pastinya dapat diambil balik oleh Barisan Nasional.

Jika kita renung-renungkan, melihat dan fikirkan keadaan sekarang ini rakyat kian berdiri kukuh di belakang Barisan Nasional, mahu atau tidak mahu terpaksalah Kit Siang mengulangi segala propaganda beliau mengheboh-hebohkan dan memperbodohkan para penyokong Pakatan Harapan dengan dakwaan kononnya Pakatan Harapan akan menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 seterusnya berjaya menawan Perak.

Kit Siang mengharapkan dengan menyegarkan semula kempen propaganda ini akan mampu menjadi satu perasa tambahan untuk menarik lebih ramai penyokong Pakatan Harapan untuk hadir dan meramaikan program politik Pakatan Harapan sekaligus menjadi buah mulut khalayak ramai.

Sekiranya propaganda dan taktik kelentong yang dilemparkan oleh Kit Siang berjaya, ia satu bonus dan hadiah yang sangat besar buat DAP dan Pakatan Harapan. Hakikatnya inilah matlamat Kit Siang dan DAP yang mahukan penyokong-penyokong Pakatan Harapan teruja untuk menyertai kempen Pakatan Harapan kerana disebabkan perasaan ingin tahu apa perkembangan selanjutnya hanya itu sahaja.

Kesimpulannya Kit Siang hanya memperbodohkan pengikut-pengikut tegar Pakatan Harapan untuk menarik pengundi-pengundi mereka terus menyokong parti berkenaan. Itu sahaja agenda politik Pakatan Harapan bagi memastikan kemenangan milik mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 akan datang.

Comments