KILANG HARAM PHEE BOON POH PENYEBAB KANSER


Antara kebimbangan wujud kilang haram di Sg Lembu, Penanti yang membawa kepada penahanan Phee Boon Poh di Pulau Pinang sebelum ini adalah disebabkan kilang itu mampu menyebabkan risiko kesihatan seperti kanser kepada penduduk setempat.

Penolong Ketua Kampung Sg Lembu menyatakan bahawa 7 orang muda telah mati akibat kanser sejak 2 tahun yang lalu.

11 daripada 500 diterjemahkan kepada kadar pengidap kanser seramai 2,200 mangsa daripada 100,000 orang.

Menurut Laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia 2007-2011 yang diterbitkan oleh Institut Kanser Kebangsaan, kadar nasional insiden kanser untuk lelaki dan wanita adalah 86.9 dan 89.0 bagi setiap 100,000 penduduk masing-masing.

Ini bermakna kadar insiden kanser di Sungai Lembu adalah 2,342% lebih tinggi daripada kadar purata kebangsaan.

Walaupun saiz sampel di Sungai Lembu kecil dan tidak ada bukti perubatan secara langsung yang menunjukkan kilang haram yang membakar 2,000 tan habuk kayu untuk membuat karbon diaktifkan sebagai penyebab kanser, anomali yang tinggi memerlukan perhatian dan seterusnya penyiasatan.

Entah berapa banyak kilang haram yang membawa risiko sama masih beroperasi di negeri tersebut, hanya mereka saja yang tahu. Inilah wajah DAP yang sebenarnya dan rakyat menjadi mangsa mereka.

Beberapa aduan dari penduduk sekitar kawasan tersebut telah dibuat dan surat bantahan penduduk berhubung operasi kilang haram di Sungai Lembu, Penanti yang diabaikan Kerajaan DAP Pulau Pinang telah diserahkan ke Pejabat Ketua Menteri. 

Namun mereka tidak bertindak dan pada bulan lepas SPRM mula bertindak barulah Lim Guan Eng dan konco-konconya memberi gelabah untuk mencari helah dan alasan untuk mempertahankan Phee Boon Poh yang juga Exco Alam Sekitar.

Walaupun Lim Guan Eng mendakwa surat kelulusan dari Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang telah dikeluarkan yang menyatakan kilang tersebut tidak mencemarkan kawasan berdekatan, namun ianya masih boleh dipertikai dan masih belum mempunyai bukti yang kukuh.

Lim Guan Eng cuba mengalihkan perhatian mengenai kemarah penduduk Kampung Sg Lembu dengan mengadakan majlis makan durian bersama penduduk yang terlibat. Mudahnya rakyat digula-gulakan untuk menutup kesilapan mereka yang telah meragut 7 nyawa anak muda kampung berkenaan.

Apa yang dapat disimpulkan di sini, Lim Guan Eng sehabis mungkin mahu mempertahankan EXCOnya sebaik mungkin kerana dia sudah menganggap Phee Boon Poh sebagai dewa.

Sekiranya pendakwaan dan penyiasatan terus dijalankan ke atas suspek, maka segala pekung Lim Guan Eng selama ini yang cuba bersubahat dengan kelakuan menyalahi undang yang lain turut akan terbongkar.

Lim Guan Eng juga akan mengambil tindakan saman terhadap media dan sesiapa sahaja termasuk SPRM yang menuduh Phee Boon Poh mempunyai RM2 juta simpanan di dalam bank peribadinya kerana SPRM telah mengambil tindakan untuk membekukan akaun bank tersebut.

INILAH SIKAP DAP YANG TIDAK MAHU RAHSIA MEREKA DIBONGKAR KEPADA KHALAYAK RAMAI. 

SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT

Comments