KEPINCANGAN PENTADBIRAN DR M DISAHKAN PENULIS BUKU BARRY WAIN



Barry Wain yakin 100 peratus dengan ketepatan fakta dalam bukunya Malaysian Maverick: Mahathir in Turbulent Times yang merekodkan kepincangan pentadbiran mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sepanjang karier politiknya di Malaysia.

Wain turut menyatakan bahawa semua maklumat tersebut, termasuk dakwaan penyelewengan berjumlah RM100 bilion oleh Dr Mahathir itu disokong oleh bukti.

Antaranya adalah kerugian melalui Perwaja Steel, iaitu berjumlah RM15 hingga RM20 bilion seperti ditulis oleh Wain. Wain juga menyatakan bahawa semasa era pemerintahan Dr Mahathir telah berlaku krisis kewangan yang menyebabkan kehilangan sebanyak RM50 bilion.

Dr Mahathir turut mempunyai memori singkat. Menteri kewangannya sendiri mengemukakan satu laporan audit oleh Pricewaterhouse (Cooper) di Parlimen pada pertengahan 1990-an. Kerugian pada masa itu, menurut Wain berjumlah RM9.5 bilion dan ianya makin bertambah selepas itu.

Penulis buku tersebut juga yakin 100 peratus bahawa kesemua penulisannya adalah berdasarkan kepada fakta yang benar. Tidak ada satu pun kesalahan dalam buku tersebut.

Malah sehingga hari ini, isu ini telah diulas boleh ahli ekonomi di Australia, Hong Kong dan ahli ekonomi di rantau ini termasuk Thailand yang dijadikan buah mulut dalam dunia ekonomi melibatkan kepincangan Dr Mahathir menguruskan kewangan negara.

Comments