ISU MEMALI : SIKAP BUSUK HATI DAP & AMANAH TERBUKTI BENAR DAN BERNIAT JAHAT



Sifat dan sikap suka menuding jari dan menyalahkan orang lain sememangnya sudah sebati dalam Parti DAP mahupun Amanah.

PAS menyifatkan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berniat jahat apabila menuduh tragedi Memali pada tahun 1985 berpunca daripada 'Amanat Haji Hadi'.

Kenyataan Kit Siang dilihat lebih hanya berunsur politik tanpa bukti serta fakta. Kit Siang sepatutnya menunggu hasil siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), bukannya terus menuduh tanpa mempunyai sebarang hujah.

Jika kita kata tragedi 13 Mei 1969 adalah disebabkan perbuatan DAP yang fanatik dan bersikap perkauman, adakah Kit Siang akan bersetuju?

Jikalau Kit Siang hendak bermain politik maka lebih baik dia cermin dirinya dahulu. Dalam perkara ini, biar RCI siasat dan kita lihat apa keputusannya tanpa perlu menuduh.

Kalau PAS nak, kita pun boleh cakap DAP menjadi punca tragedi 13 Mei, dia nak tuduh Hadi apa sebab dan hujahnya.

Dengan adanya RCI ini nanti, tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak menjelaskan perkara sebenar mengenai tragedi Memali akan dapat dirungkai di mana siasatan ini akan menentukan sama ada bekas Perdana Menteri itu terbabit atau sebaliknya.

Sekarang ini ada dua versi yang menyatakan Dr Mahathir tidak terbabit dan berada di luar negara ketika tragedi Memali, manakala bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam pula mendakwa Dr Mahathir ada di dalam negara dan arahan itu datang daripadanya.

Pendirian Parti Amanah Negara mengenai tragedi Memali pula disifatkan sebagai cerminan politik durjana yang berteraskan kepentingan dan nafsu memburu kuasa pemerintahan.

Selain tuduhan parti serpihan itu kononnya isu Memali dijadikan alat meraih undi dan sokongan orang Melayu dianggap sebagai kenyataan angkuh, celupar dan di luar kewarasan.

Ternyata parti itu melindungi dan bersekongkol dengan kemungkaran serta kejahatan semata-mata kerana Dr Mahathir kini menjadi teraju penting pakatan pembangkang!

Comments