GUAN ENG TERUS MEMBISU


Lim Guan Eng, terus mendiamkan diri daripada menjawab persoalan berhubung desakan supaya beliau membuat permohonan maaf kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ia susulan kenyataan beliau yang menganggap tindakan agensi itu sebelum ini menahan EXCO kerajaan negeri, sebagai penahanan haram.

SPRM menegaskan akan menentukan sama ada tindakan undang-undang ke atas Guan Eng diambil secara tindakan sivil atau jenayah pada 4 September 2017. Ini kerana susulan tempoh 48 jam yang diberi pada 25 Ogos 2017, meminta Guan Eng memohon maaf kerana menyifatkan penahanan Boon Poh sebagai penahanan haram tamat tanpa maklum balas.

SPRM juga menegaskan permohonan maaf Guan Eng perlu dilakukan secara terbuka tanpa syarat kepada SPRM dalam tempoh 48 jam daripada kenyataan itu dikeluarkan atau tindakan undang-undang akan diambil terhadapnya.

Comments