GST ADALAH BUKTI NAJIB BERPANDANGAN JAUH



Najib adalah seorang Perdana Menteri yang berpandangan jauh kerana berani mengambil langkah untuk melaksanakan GST walaupun menghadapi banyak tentangan termasuk daripada bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir. Tetapi kini telah terbukti bahawa Najib telah mengambil tindakan yang tepat.

Ketika Najib mengambil alih pentadbiran negara, Malaysia bergantung kepada hasil sumber petroleum, iaitu sebanyak 41 peratus daripada pendapatan negara. Menerusi pelbagai langkah termasuk pelaksanaan GST, kerajaan telah berjaya mengurangkan kebergantungan kepada sebanyak 14 peratus.

Oleh itu, apabila pasaran petroleum dunia merundum, Malaysia turut menerima kesannya, tetapi tidak terlalu teruk berbanding jika negara masih kekal pada kadar 41 peratus. Oleh itu, pelaksanaan GST telah membantu negara daripada berada di dalam keadaan tenat. Selain itu, kutipan GST berjumlah RM41 billion digunakan oleh kerajaan di dalam bajet pembangunan negara.

Ketika mengambil alih sebagai Perdana Menteri, Najib boleh mengambil tindakan populis tetapi sekadar berjanji sahaja tanpa ditunaikan bukanlah tanda seorang pemimpin yang baik. Sebagai contoh, pemimpin Pakatan Harapan seperti Mahathir, Rafizi dan Nurul Izzah membayangkan akan mnghapuskan GST atau menjadikan GST ‘0’ apabila mengambil alih kerajaan. Janji seperti adalah janji populis. Tetapi tanpa menunjukkan sumber alternatif pendapatan negara, mereka hanya cuba memperbodohkan rakyat.

Comments