GANTUNG PENGAJIAN DAN DENDA TAPI MEREKA TIDAK SERIK LAGI UNTUK TERUSKAN SAMAN



Ketika mula mendaftarkan diri ke universiti untuk menjadi pelajar, mereka bersetuju mematuhi peraturan yang ditetapkan pihak universiti.

Tapi bila diambil tindakan dan juga dikenakan hukuman oleh pihak universiti mereka tidak tidak sedar bahawa mereka telah melanggar akta AUKU yang diperuntukkan disetiap universiti yang beroperasi di Malaysia.

Adik-adik, masuk Universiti adalah untuk belajar dan menambahkan ilmu pengetahuan. Apa yang lebih penting kamu jangan mengecewakan harapan ibubapa dan diri sendiri. Bila sudah didapati bersalah dengan tindakan kamu jadikanlah ia sebagai satu pengajaran.

Tindakan kamu yang dihasut oleh pemimpin pembangkang untuk menyaman universiti adalah sesuatu yang amat mengecewakan.

Sepatutnya kamu insaf dan menjauhkan diri dari kegiatan politik songsang yang diamalkan oleh pembangkang yang sentiasa mengambil kesempatan ke atas anak muda seperti kamu.

Mahkamah mengambil keputusan untuk menolak saman mereka kerana mendapati AUKU tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Kesalahan yang dilakukan pelajar ini adalah.....

- penuntut menganjur perhimpunan tanpa kebenaran pemilik 
serta premis

- penuntut menyertai perhimpunan haram tersebut

- memasuki secara salah harta dimiliki orang lain

- disoal siasat atau ditahan polis kerana melakukan perkara 
bertentangan dengan peranan seorang pelajar sebagai 
mencemarkan nama baik universiti.

Comments