DAP TIDAK SEDAR, SAHKAN PARTINYA DOMINAN DALAM PH


Sikap DAP tanpa berselindung menyatakan minatnya untuk bertanding di kerusi Kulim dan Gurun yang dimiliki secara tradisi oleh PKR, hanya mengabsahkan partinya begitu dominan dalam Pakatan Harapan. DAP yang tidak menjaga hati rakan komponennya yang lain dalam PH menunjukkan betapa DAP begitu berkuasa dalam gagasan itu.

Tindakan beginilah yang mengiyakan kritikan yang dibuat dan menunjukkan DAP adalah satu parti yang sangat dominan dalam PH. Jikapun PKR sebelum ini tewas pada BN, itu tidak membawa maksud parti itu perlu mengalah dan memberikan kerusi itu kepada DAP.

Walaupun kerusi itu tidak dimenangi, tapi atas dasar persetujuan maka kerusi tersebut patut diberikan kepada parti yang bertanding sebelum ini.

Ia strategi yang tidak sesuai ketika mana pembahagian kerusi belum pun lagi diputuskan dalam kepimpinan tertinggi PH. Ia pastinya timbulkan runggutan, konflik dalam kalangan kepimpinan PH yang lain.

Sikap ini memberi signal kepada anggota PH yang lain bahawa mereka tidak mahu kerusi itu ditandingi parti lain dalam PH. Ini satu strategi Lim Kit Siang yang licik untuk menunjukkan bahawa mereka inginkan kerusi itu.

PH sebelum ini dibelit pelbagai krisis dalaman dan paling teruk adalah isu pembahagian kerusi di kalangan mereka.

DAP perlu menghormati apa juga tujuan yang dibuat bersama parti dalam PH. Kita tahu isu pembahagian kerusi amat sensitif apatah lagi PKR dan PH hari ini berada dalam kemelut yang sangat kritikal.

Comments