DAP TETAP TAIKO, PKR, PAN, PPBM sekadar ‘pak turut DAP’



DAP adalah taiko kepada PKR, PAN dan PPBM dapat dilihat apabila DAP dan PAS menjalinkan hubungan kerjasama tetapi sejak tahun 2008 dalam pakatan pembangkang tidak bertahan lama apabila PAS dan DAP bertelingkah yang dilihat terus tegar menentang dasar perjuangan Islam PAS. Akibatnya PAS bukan sahaja membuat keputusan untuk keluar daripada Pakatan Pembangkang malah parti itu turut berpecah dua apabila pemimpin-pemimpin PAS yang tewas dalam perebutan jawatan utama parti itu menubuhkan PAN yang diketuai oleh Mohamad Sabu.

Keterujaan DAP dan Pakatan Harapan kononnya PAN mampu menggantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh PAS tidak akan ke mana kerana hakikatnya PAN gagal menarik sokongan dan undian orang Melayu. DAP pernah melakukan usaha memujuk PAS untuk kembali ke meja rundingan gagal apabila PAS bertegas mereka tidak mahu berbuat demikian kerana PAS sukar memaafkan perbuatan DAP dan pembelotan pemimpin-pemimpin PAN.

DAP ibarat orang yang mengantuk disorongkan bantal, ibarat pucuk dicita ulam mendatang, impian pembangkang khususnya DAP menjadi kenyataan dan menambah kekuatan DAP apabila Mahathir menubuhkan PPBM bersama-sama bekas Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Presiden manakala anak Mahathir, Mukhriz dilantik sebagai Timbalan Presiden PPBM.

PPBM begitu mudah melupakan segala dosa dan caci maki hamun mereka terhadap pemimpin DAP dengan menandatangani memorandum persefahaman pakatan pembangkang yang turut disertai oleh PKR dan PAN. Tindakan PPBM menyaksikan parti-parti pemimpin mereka kecewa dengan UMNO dan akhirnya bersatu dengan pembangkang khususnya DAP. Segala-galanya dilakukan bukan demi rakyat dan negara sebaliknya Mahathir dan partinya PPBM lakukan demi mencapai matlamat politik yang berasaskan politik balas dendam.

Hakikatnya walau apa juga gabungan-gabungan dalam parti Pakatan Harapan, pembangkang masih tetap bercelaru dari segi hala tuju untuk memerintah Malaysia. Kita dapat melihat tiada kesepakatan yang jelas dari segi pembahagian kerusi dan siapa yang bakal menjadi abang besar atau taiko dalam Pakatan Harapan. Kalau mahu diikutkan DAP yang memiliki kerusi yang paling banyak jika dibandingkan dengan PKR manakala PAN dan PPBM boleh dikatakan tiada kerusi langsung kerana kesemua ahli Parlimen sebelum ini menang atas tiket Pas dan UMNO.

Persoalannya, bagaimanakah corak pembahagian kerusi pembangkang selepas ini? Bersediakah DAP dan PKR memberikan kerusi mereka kepada PAN dan PPBM? Siapa yang akan bertan¬ding kerusi paling banyak? Adakah PPBM bersedia untuk mengalah kepada PKR dan PAN?

Kini dalam pakatan pembangkang terdapat tiga parti yang layak untuk bertan¬ding di kawasan pengundi majoriti Melayu iaitu PKR, PAN dan PPBM manakala Pas yang juga parti pembangkang kini bergerak solo serta sudah menyatakan ketegasan bahawa parti itu tidak akan mengorbankan kerusinya kepada PAN. Malah dalam situasi politik sekarang PKR pun sudah pasti tidak akan menyerahkan kerusi kepada PAN dan PPBM.

Kesimpulannya tiga parti ditunjangi Melayu dalam pakatan pembangkang hanya menjadi 'pak turut' kepada DAP yang terbukti mempunyai kuasa mutlak dalam gabungan itu. Kita harus faham permainan politik yang sedang dipentaskan oleh DAP taiko dalam Pakatan Harapan yang bertujuan hanya mahu memancing undi dalam PRU-14 akan datang.

Terima kasih kerana membaca artikel ini. Untuk mendapatkan artikel-artikel baharu, sila "like" atau "follow" halaman Malayan News.

Comments