DAP LAKSANAKAN ‘’MALAYSIAN MALAYSIA’’ JIKA MEMERINTAH NEGARA



Malaysian Malaysia impian DAP jika memerintah negara bagi membuang hak keistimewaan Melayu dan mempraktikkan amalan hak untuk semua kaum tanpa mengira bangsa dan agama. Konsep Malaysian Malaysia dipraktikkan melalui dua cara sama ada menukar sistem raja perlembagaan kepada sistem republic atau mengekalkan sistem sedia ada tetapi menghapuskan semua hak yang berkaitan dengan keistimewaan Melayu.

Sistem Republik: Malaysia akan dijadikan sebuah Republik seperti Singapura di mana seorang Presiden akan dilantik bagi menggantikan Raja. Raja akan diturunkan daripada takhta dan tidak wujud lagi Raja-raja. Presiden Pertama kita akan lantik orang Melayu, dan selepas itu dan seterusnya orang Cina dan India, seperti Singapura.

Lagu Negaraku dan Bendera Malaysia diubahsuai di mana lirik lagu Malaysia baru ini tidak ada perkataan Raja, melodi dan irama juga diubahsuai. Simbol bintang, bulan, warna semuanya ditukar mengikut perancangan DAP.

DAP akan mengekalkan sistem sedia ada tetapi akan menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu. Yang Dipertua Negeri di kalangan orang Cina sahaja. Semua negeri termasuklah Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak selepas ini semuanya adalah dari kalangan orang Cina.

Sekiranya DAP memerintah azan sama sekali tidak dibenarkan. Kalau mahu azan dalam masjid ataupun surau dibenarkan tetapi bukanlah di luar kerana ini menganggu hak asasi Agama dan bangsa lain sebagaimana yang telah berlaku di Pulau Pinang, arahan Kerajaan agar memperlahankan azan, matlamat DAP hanyalah semata-mata mahu azan diharamkan. Perkara-perkara yang berkaitan dengan Islam antaranya Pertandingan Tilawah membaca Al-Quran diharamkan serta merta. DAP akan haramkan badan-badan NGO yang berteraskan perjuangan orang Melayu antaranya seperti PEKIDA dan PERKASA, kerana kononnya kedua-dua pertubuhan berkenaan dilabelkan sebagai pertubuhan pengganas.

Perkahwinan campuran pula akan digalakkan di mana Cina boleh berkahwin dengan Melayu tanpa bertukar agama sebagaimana yang sedang berlaku sekarang ini di Indonesia dan Singapura, boleh berkahwin dengan bebas tanpa bertukar agama. Setiap pasangan yang sanggup berkahwin campuran akan diberikan wang saguhati RM 5,000 untuk menggalakkan mereka berkahwin campuran. Begitu juga jika ibu dan ayah anak itu beragama Islam, tetapi sebaliknya agama anak itu hanya akan ditentukan selepas berumur 18 tahun. Ibu bapa tidak mempunyai hak untuk menentukan agama anak berkenaan kerana ini akan melanggar hak anak asasi berkenaan. Tunggulah sehingga anak berkenaan sampai umur 18 tahun anak berkenaan akan menentukan agama apa yang dia mahukan. Ibu bapa sama sekali tidak mempunyai hak dan kita akan bagi kebebasan anak berkenaan memilih agama apa yang anak itu mahukan.

Dari aspek bahasa pula, bahasa Inggeris akan dijadikan bahasa kebangsaan, manakala bahasa Malaysia pula Cuma akan dijadikan bahasa perantaraan sahaja. Bahasa Inggeris akan dijadikan bahasa utama, bahasa kedua pula adalah bahasa Mandarin, bahasa Mandarin digalakkan untuk digunakan. Bagi DAP, bahasa Malaysia is not value language, bahasa Malaysia sama sekali tidak ada nilai. Bagi mereka bahasa Malaysia hanyalah pinjaman daripada beberapa bahasa lain. Dan atas sebab itulah DAP tidak mahu mengiktiraf bahasa Malaysia. Mereka akan mengiktiraf dua bahasa sahaja iaitu bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin sahaja. Mata pelajaran Pendidikan Islam akan dimansuhkan daripada sistem pendidikan Malaysia. Kalau mahu belajar agama, belajar di Surau, Masjid atau Madrasah. Bukan di Sekolah. Di Sekolah kita akan ajar akademik sahaja.

Kesimpulannya Orang Melayu jelas belum selamat. Janganlah ingat kuasa orang Melayu dalam arena politik akan kekal selama- lamanya, akan menjamin keselamatan orang Melayu sampai bila-bila. Orang Melayu seharusnya bertindak dengan menghalang DAP daripada terus berkuasa dan memerintah negara kita.

Comments