DAP KINI PARTI PENUH SKANDAL DAN MASALAH



Kredibiliti Parti DAP makin tercalar dengan banyak skandal-skandal melibatkan parti tersebut seperti rasuah melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, isu salah guna kuasa Exco DAP, isu keluar parti oleh pemimpin Melaka, skandal intim Zairil-Dyana dan banyak lagi isu-isu lain.

Hal ini telah membuka mata rakyat dan kini ramai mula meragui kredibiliti dan ketelusan parti DAP dalam menguruskan Kerajaan. Dengan skandal dan masalah yang berlaku, imej dan prestasi parti ini semakin tercalar dari masa ke semasa.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang juga dilabel sebagai pemimpin gagal apabila sering mengalihkan perhatian orang ramai terhadap sesuatu isu, berbanding memberi penjelasan yang wajar mengenainya.

Kegagalan Lim Kit Siang itu juga diterjemah melalui sikap berdolak-daliknya yang mengakui akan kembali bertanding di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) atau sebaliknya. Ini cukup membuktikan bahawa Kit Siang adalah seorang pengecut apabila dia dicabar oleh Teng Chang Yeow oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang dan dia tidak memberi sebarang jawapan.

Taktik memutar belit fakta dan isu dalam politik sudah tidak asing lagi dengan Lim Kit Siang dan parti DAP. Banyak paparan bukti yang boleh dilihat melalui rekod Lim Kit Siang berpolitik bersama DAP selama 52 tahun ini, khususnya apabila DAP gagal membidas hujah pihak lawan.

Malah sepanjang perkhidmatan sebagai wakil rakyat, Lim Kit Siang sering kali lompat kawasan Parlimen. Apabila menyedari kedudukannya tergugat, Lim Kit Siang akan membuat keputusan untuk berpindah kawasan. Oleh itu, tidak mustahil untuk kita lihat Lim Kit Siang membuat 'Pusingan U' di saat-saat akhir nanti sama ada dia mahu terus kekal di Gelang Patah atau berpindah ke kawasan selamat!

Jesteru DAP kini sering dikejutkan dengan pelbagai skandal rasuah, ketidaktelusan dan ketidakcekapan dalam pentadbiran kerajaan Pulau Pinang, hingga mereka sering dilihat mengambil tindakan undang-undang ke atas individu dan pengamal media yang mengkritik pentadbiran mereka.

Pendek kata, kredibiliti parti ini semakin terjejas dengan prestasi buruk ketua-ketuanya di samping isu rasuah yang semakin menular di kalangan pemimpinnya. Rakyat sudah muak dengan janji manis DAP dan sudah tidak percayakan mereka.

Comments