CABAR DAP MANSUH KONSEP ‘’MALAYSIAN MALAYSIA’’



DAP dicabar untuk memansuhkan konsep Malaysian Malaysia yang dibawa oleh DAP bagi membuktikan mereka bukan sebuah parti yang bersifat rasis. Ini kerana konsep Malaysian Malaysia tidak sesuai dengan jati kebangsaan Malaysia yang bermasyarakat majmuk. Kalau DAP enggan memansuhkan konsep Malaysian Malaysia, ia sekaligus menggambarkan parti itu boleh dikategorikan sebagai parti politik yang sukar untuk diterima di negara ini.

Konsep Malaysian Malaysia yang mahu dilaksanakan oleh DAP akan menghapuskan identiti Melayu untuk menjayakan konsep Malaysian Malaysia yang diperjuangkan parti itu sejak sekian lama. Konsep berkenaan menganggap semua bangsa adalah sama rata dan DAP mahu menghapuskan istilah bangsa. Mereka mahu setiap bangsa mempunyai hak dan keistimewaan yang sama rata dan ia sejajar dengan Perlembagaan DAP yang menggariskan visi menghapuskan perbezaan bumiputera dan bukan bumiputera. Mudah cerita tiada lagi istilah hak dan keistimewaan orang Melayu sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan, tiada lagi rizab Melayu, tiada lagi diskaun untuk bumiputera membeli rumah, tiada lagi kuota bumiputera dalam kemasukan universiti, tiada lagi kuota bumiputera untuk mendapatkan biasiswa, semuanya sama rata.

Bukan itu sahaja konsep kesaksamaan ekonomi, kesamarataan kaum dan agama serta agihan kekayaan yang adil termasuk membuat beberapa perubahan dasar khususnya sektor awam yang memonopoli bumiputera. Kenapa DAP membenci Melayu dan Bumiputera? Sampai macam itu sekali DAP menghapuskan segala hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera. Adakah DAP sanggup memansuhkan konsep Malaysian Malaysia? Banyak pihak yang mencabar DAP agar boleh memansuhkan konsep Malaysian Malaysia.

Bolehkah DAP melarang kaum bukan Melayu memperkembangkan budaya dan adat mereka sebagaimana yang dilakukan oleh mereka terhadap kaum Melayu sekiranya mereka mewujudkan Malaysian Malaysia nanti? Adalah lebih adil jika DAP boleh bersikap adil terhadap kedua-dua kaum berkenaan lebih sama rata dan tidak ada berat sebelah kepada mana-mana kaum. Bukankah kalau DAP mewujudkan konsep Malaysian Malaysia, DAP perlu memperjuangkan adat dan budaya kaum lain sebagai satu misi nasional. Sebagaimana yang dilakukan dalam banyak perkara kerajaan tanpa prejudis memperjuangkan adat dan budaya kaum lain malah semua kaum mengekalkan identitinya, bahasanya, adat dan agama malah sekolahnya.

DAP mahu mewujudkan konsep Malaysian Malaysia tetapi mereka tidak mampu menghapuskan sistem persekolahan vernakular untuk memberikan laluan kepada sistem persekolahan tunggal. Kenapa DAP tidak mampu menghapuskan sistem vernakular , bukankah ia adil ataupun DAP mempunyai alasan mahu mengekalkan identiti Cina, dan sepatutnya DAP juga seharusnya menghormati intipati kontrak sosial lain yang sudah semestinya dipersetujui termasuk dalam soal hak dan keistimewaan bumiputera.

Kalau DAP mahu hapuskan konsep bangsa disebabkan ekonomi, DAP perlulah melihat kaum mana yang akan menguasai ekonomi negara sejak sekian lama. Faktanya adalah 1,000 orang paling kaya di Malaysia, 970 daripadanya adalah orang Cina dan selebihnya adalah orang Melayu. Ini membuktikan orang Cina jauh lebih kaya dari segi ekonomi, dan mereka yang menguasai dan memonopoli ekonomi negara kita.

Jika ia disebabkan oleh politik, sehingga sekarang tidak ada orang Cina di negara ini yang dihalang menjadi calon dalam politik, malah kalau dikira-kira secara logik, DAP yang membolot semua kerusi yang ditandingi oleh parti berkenaan sebelum ini di Pulau Pinang. Malah ramai calon Cina mengalahkan calon Melayu di kawasan Pulau Pinang yang majoritinya ramai Melayu dan ramai yang diberikan jawatan Menteri.

Kesimpulannya, DAP sememangnya parti rasis dan membenci Melayu dengan berniat untuk menghapuskan Melayu terus daripada sejarah Malaysia sebagaimana yang pernah terjadi di Singapura dan kini Pulau Pinang di mana hak-hak dan keistimewaan orang Melayu di Pulau Pinang mula diabaikan dan dipinggirkan.

Comments