BELUM MEMERINTAH NEGARA, PARTI DALAM PAKATAN HARAPAN HADAPI KRISIS DAN KEMELUT DALAMAN. KINI PKR KELANTAN BERPECAH DUA?



Baru-baru ini ada desas desus PKR Kelantan dikatakan berpecah kepada dua kumpulan apabila pemimpin tertingginya dilihat lebih cenderung mahu kembali bekerjasama dengan PAS sehingga menyebabkan parti PKR Kelantan berhadapan dengan krisis dan kemelut.

Walaupbagaimanapun, menurut Pengerusninya PKR Kelantan Ab Aziz Ab Kadir tindakan beliau yang mahukan parti berkenaan rapat dengan PAS telah mendapat tentangan dan reaksi negatif daripada beberapa pemimpin parti yang lain. Kewujudan dua kumpulan ini diperkuatkan lagi apabila Jawatankuasa Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan telah membuat memorandum bagi mendesak ketuanya Mokhd Hafidz Rizal Amran melepaskan jawatan.

Ada sumber yang mengatakan Ketua AMK Kelantan menjadi antara pimpinan negeri yang menyokong kuat hasrat Ab Aziz. Hafidz mahu mengekalkan lantikan politik negeri sebagai jawatan Penyelia Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Balah, sedangkan majoriti jawatankuasa AMK wenggan meneruskan kerjasama dengan PAS.

Di pihak Ab Aziz dalam diam-diam mahu mengadakan hubungan PAS dilakukan bagi membolehkan semua penyelia yang dilantik oleh kerajaan negeri PAS Kelantan agar mereka boleh menerima elaun bulanan dan keistimewaan yang lain. Hakikat sebenarnya orang-orang PKR sudah pun buat perjanjian sulit untuk mengundi PAS dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti.

Perjanjian yang dibuat tanpa pengetahuan Husam Musa. Kalau perkara ini diketahui oleh Husam Musa kemungkinan besar perjanjian berkenaan gagal kerana kita tahu Husam Musa sememangnya bercita-cita hendak menjadi Menteri Besar baru di Kelantan, jadi beliau sanggup lakukan apa sahaja agar PAS dapat dilumpuhkan dan PKR dapat bekerjasama secara penuh dengan PAN.

Husam tidak mahu orang-orang PKR bersikap seperti Azmin secara sembunyi-sembunyi menjalinkan hubungan dengan PAS. Seterusnya Husam akan meminta bantuan daripada DAP bagi menjahanamkan PKR yang pro PAS di Kelantan. Hakikatnya inilah yang sedang terjadi kepada PKR, PKR berpecah belah kerana masing-masing baik di Selangor PKR berpecah kerana pemimpin PKR masih mahu menjalinkan hubungan sulit dengan PAS. Di Kelantan pun sama juga, pemimpin PKR masih lagi mahu menjalinkan hubungan dengan PAS.

Kesimpulannya, kini PKR sedang menghadapi kemelut dan krisis sehinggakan berpecah kepada dua, nampak bukan belum lagi memerintah dan mentadbir negeri ini, parti-parti dalam Pakatan Harapan sudah berpecah belah, huru hara, menghadapi krisis dan kemelut dalaman yang sangat serius. Bolehkah kita bayangkan sekiranya Pakatan Harapan yang dipimpin dan diterajui oleh DAP memerintah negara kita, apalah nasib anak bangsa, cucu, cicit, akan terima pada masa akan datang

Comments